...suSAH ITU TARbiah, saBAR ITU INdah...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…

Alhamdulillah..segala puji-pujian hanya layak bagi ALLAH Ta’ala.

Selawat dan salam buat pembawa rahmat seluruh alam, junjungan mulia Rasulullah saw yang menerangkan kita semua dengan kebenaran Islam.

Masa berlalu dengan begitu pantas, hingga kadang-kadang kita terlupa dan terlalai untuk memerhati setiap gerak geri serta kejadian yang diciptakanNYA untuk menambahkan lagi rasa cinta kepada Maha Pencipta.

Pejam celik, hari ini genap seminggu ana diuji dengan satu kemalangan jalan raya yang boleh dikatakan teruk bagi seorang hamba yang tak pernah diuji dengan accident.

‘biarkanlah hari-hari berlalu, lapangkanlah jiwamu apabila menerima keputusan qada’ dan qadar, jangan bosan bersabar apabila ditimpa musibah kerana di dunia ini tiada derita yang abadi’. (Imam Syafi’i)

.........
Usai kelas ‘corporate communication’ jam 6.oo petang 11 Mac 2009, ana bersama-sama tiga sahabat iaitu leen, nur dan milah bergegas ke kereta untuk pulang ke kolej memandangkan belum menunaikan solat asar.

‘Daa, ko bawak kereta nak?’ leen berseloroh padaku yang memang sedia maklum jarang-jarang sangat nak memandu jika keadaan tak memaksa.

Rasanya, lima hari lepas kali terakhir ana memandu, itupun kerana terpaksa mengambil barang penting yang tertinggal gara-gara terlewat bersiap untuk program ‘seminar komunikasi Putra-Utara 2009’ yang lepas.

‘Takpe, ko je bawak rasa tak larat lak ’ hehe.. saja cari alasan.

..........
Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba seorang student India yang menunggang motosikal membelok tanpa memandang ke arah kami yang bergerak di jalan yang lurus.

Leen yang memandu waktu itu membrek kereta serta merta apabila ana menjerit agak kuat. Namun akibat jarak yang agak dekat, kereta leen merempuh motosikal berkenaan dengan dentuman dan geseran yang agak kuat.

Waktu itu, macam-macam perasaan menyelubungi memikirkan empat nyawa dalam kereta dan seorang yang tidak pasti kondisinya di atas jalan raya.

Ana hanya tersedar apabila melihat ketiga-tiga sahabat keluar dari kereta.

.............
Perkara pertama yang dilihat adalah keadaan penunggang motosikal berkenaan. Ya Allah, kaki mangsa berdarah teruk. Namun Alhamdulillah mangsa dalam keadaan sedar apabila dapat bangun menyelamatkan diri. Puji syukur juga kerana sahabat-sahabat yang lain juga tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi semua pucat lesi.

Pada waktu itu juga, tiba-tiba ana berasa pedih dan berdenyut-denyut di bahagian mulut. Rupa-rupanya, mulut ana luka akibat terhantuk pada bahagian depan kereta kerana ‘air bag’ yang lambat keluar.

Huhu..malu juga pada sahabat-sahabat yang lain kerana tiba-tiba ana menangis teresak-esak. Bukannya apa, pertama akibat terlalu terkejut dengan kejadian yang tanpa diduga dan kedua kerana darah yang keluar padahal luka tak seteruk mana.

Ana jadi serba salah kerana tangisan ana menyebabkan sahabat yang lain turut menangis. Rupa-rupanya mereka takut kecederaan ana teruk. Si Leen tak habis-habis minta maaf, sepatutnya ana yang perlu minta maaf padanya kerana sepatutnya perlu menenangkan diri dia yang pastinya waktu itu tak dapat digambarkan perasaan selepas terlanggar orang. Mohon maaf leen.

..........
Keadaan jadi makin terkawal dan tenang selepas menunaikan solat asar.

‘Redhalah sahabat-sahabatku, ujian ini bukan satu bencana tapi nikmat yang perlu disyukuri bersama. Sesungguhnya, tidak sempurna iman seseorang itu melainkan dia diuji. Jadi, bersyukurlah jika diuji’.


..........
Puji syukur pada Yang Maha Penyayang mengurniakan ana sahabat-sahabat yang terlalu mengambil berat. Syukur Alhamdulillah Ya ALLAH.

Sepanjang waktu kejadian, ana tak putus-putus menerima panggilan telefon serta sms dari sahabat-sahabat yang ingin tahu keadaan kami. Tidak kurang jua, kata-kata semangat dan pujukan untuk tenangkan hati kami berempat. Sesungguhnya hanya ALLAH Ta’ala sahaja yang mampu membalas kasih sayang serta doa kalian semua.

‘Sahabat adalah dia yang menghampiri saat seluruh dunia menjauh, sahabat akan selalu di sisi saat kita memerlukan kehadiran atau pertolongan darinya. Malah, sahabat akan turut sama memikirkan kesengsaraan yang sedang kita alami, tidak kira susah mahupun senang. Sahabat akan sentiasa di sisi kita.. Insya ALLAH’.

BUAT SAHABAT-SAHABATKU..

Senyumlah, cerialah wahai sahabatku, walau suka, walau duka.. Kerana yang suka itu anugerah, dan yang duka itu tarbiyyah dari ILAHI buat hambaNYA yang dikasihi.

SESUNGGUHNYA..

‘Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar dan mendidik diri dengan solat yang khusyu’
…SUSAH ITU TARBIAH, SABAR ITU INDAH…

p/s: Mohon beribu kemaafan kepada mak ayah dan adik-beradik yang lambat dimaklumkan tentang accident ni..anak mak ni tak nak mak risau..juga mohon maaf pada sahabat-sahabat yang marah-marah kerana tak diberitahu awal tentang accident ni..sahabatmu ini tak nak menyusahkan kalian semua.

Akhir kalam..
~kita merancang, ALLAH juga merancang, namun DIA lah sebaik-baik perancang~

..sALam mAULiDur RasUL..



Setiap kali namamu disebut,
Debaran hati jadi tak menentu,
Lantaran rindu yang semakin kuat padamu
Maka makin bertambahlah cintaku padamu
KERANAMU
Engkaulah Rasul junjunganku..

~Jika HARTA adalah RACUN, ZAKAT lah penawarnya, Jika UMUR adalah DOSA, maka TAQWA dan TAUBAT ubatnya, dan jika HIDUP hilang IDOLA, maka RASULULLAH SAW lah contoh ikutan~

~~SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA UMAT BAGINDA, SEMOGA KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MENDAPAT SYAFAAT DARIPADA BAGINDA DI AKHIRAT KELAK..sollu alannabi~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..hiburan mendidik jiwa~

~pENYu di gANu kITe~

..::bEAuty & LoVE::..

..::bEAuty & LoVE::..