::AIR MATA KEINSAFAN::


Menangis, kadang sulit dilakukan, walaupun sejak lahir manusia sudah terbiasa menangis. Sulit dilakukan saat dalam lapang dan bahagia. Ketika ada bencana, ujian, musibah, baru mata setitis demi setitis mengalirkan air mata, yang kadang entah untuk apa? dan tanpa makna.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

TANGISAN DAPAT MEMADAMKAN API NERAKA

Pernahkah kita menitiskan air mata saat terlintas siksaan Allah? azabnya yang begitu pedih, neraka yang menyala-nyala?, mungkin tidak, atau jarang sekali. Padahal "Mata yang menangis di tengah keheningan malam kerana takut kepada Allah, tidak akan tersentuh api neraka", begitu sabda Rasulullah SAW dalam hadis Hasan riwayat Al-Tirmidzi.

"Wahai saudaraku-saudaraku sekalian, tidakkah kalian menangis kerana rindu kepada Allah. Bukankah sesungguhnya orang yang menangis kerana takut kepada neraka akan dilindungi Allah dari neraka tersebut? Demikian nasihat Abdul Wahid bin Zaid.

Benar, menangis boleh menyelamatkan kita dari jilatan api neraka. Di dalam hadis Abdurrahman bin Samurah, Nabi saw, bersabda: "Suatu malam aku bermimpi, kemudian Nabi menyebutkan hadis dengan redaksi yang sangat panjang. Salah satu isinya adalah sabda baginda: "Aku telah melihat seorang laki-laki dari umatku di pinggir neraka jahannam, kemudian dia dihampiri oleh rasa takut (yang dia miliki) kepada Allah. Amal itu (rasa takut kepada Allah) akhirnya menyelamatkannya dia dari api neraka Jahannam. Dan Aku Melihat ada seorang lelaki dari umatku terjatuh ke dalam neraka. Akan tetapi dia didatangi oleh titisan air matanya (yang menitis) kerana takut kepada Allah. Maka air mata itupun mengeluarkan dia dari api neraka."

"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."
Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

Oleh itu, jangan sia-siakan airmata hanya untuk menangisi sesuatu yang tak abadi, menangislah kerana takut akan siksaan dan azab Allah SWT, jauhilah kemaksiatan, mohonkan ampunan kepada Allah. Titisan air mata yang mengalir sekarang akan menjadi embun penyejuk pada hari perhitungan kelak, maka menangislah saudaraku, agar selamat..!InsyaALLAH

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Wallahu` alam, sekadar satu perkongsian ilmu DAN peringatan bersama
MOGA-MOGA ADA MANFAATNYA...sama-sama menghayati erti AIR MATA KEINSAFAN(^_^)

~Hargailah AIR MATA:
::setitis air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah 1000 kali lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan, sesaat bersedih kerana REDHA dengan Allah adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana cinta manusia, sejernih wuduk yang sempurna lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata, sesuci hati kerana ILLAHI itulah hakikat cinta abadi::

MENANGISLAH KERANA ALLAH..MUHASABAH CINTAKU...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..hiburan mendidik jiwa~

~pENYu di gANu kITe~

..::bEAuty & LoVE::..

..::bEAuty & LoVE::..