Assalamualaikum..
Alhamdulillah, puji syukur yang tak terhingga kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan salam semoga selalu tercurah kepada junjungan mulia Muhammad Rasulullah SAW.
Dua minggu sudah berlalu, dua minggu juga 'dia' telah kumiliki.. Alhamdulillah, atas nikmat kurniaanNya..alhamdulillah, juga atas kurniaan rezeki, dua hari selepas konvokesyen[setelah menganggur hampir lima bulan] akhirnya, dapat kerja [kerja sementara je]...rezeki seseorang itu adalah hak ketentuan Allah...syukur alhamdulillah =)
Apakah aku berpuas hati dengan pencapaian yang tak seberapa ini?. Berpuas hati tahap mana?. Hanya Allah Ta'ala Yang Maha Mengetahui...diri sendiri juga seharusnya tahu [kejayaan itu berkadar terus dengan pengorbanan]...berapa banyak aku berkorban untuk mencapai kejayaan ini?...
Sesungguhnya pengorbanan aku tak seberapa, justeru aku redha dengan segala rezeki dan ketentuanNya. Siapalah aku untuk melawan ketentuanNya Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.
~KESUSAHAN HIDUP BUKAN HUKUMAN, sebaliknya ia adalah UJIAN untuk mendapatkan yang terbaik~
InshaAllah...aku boleh lebih berusaha untuk lebih berjaya di masa hadapan..
~SESUNGGUHNYA Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri (Ar-Ra'd, Ayat 11)~
"Wahai Allah... Engkau muliakan dan sayangi diri kami, berkati keluarga kami, sihatkan tubuh badan kami, limpahkan rezeki kami dengan rezeki yang halal lagi baik, jauhkan kami daripada fitnah, penganiayaan dan penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Makbulkan impian kami yang murni..Amin Ya Rabbal A'lamin"
GERSANG BUMI TANPA HUJAN GERSANG MINDA TANPA ILMU GERSANG JIWA TANPA AMAL GERSANG HATI TANPA IMAN
~Renungan Umurmu~

Renungkanlah pendeknya umurmu. Andaikata engkau berumur seratus tahun sekalipun, maka umurmu itu pendek jika dibandingkan dengan masa hidupmu kelak di akhirat yang abadi, selama-lamanya.
Cuba renungkan, agar dapat istirehat selama dua puluh tahun, dalam satu bulan atau setahun engkau sanggup menanggung berbagai beban berat dan kehinaan di dalam mencari dunia. Tetapi mengapa engkau tidak sanggup menahan beban ibadah selama beberapa hari demi mengharapkan kebahagiaan abadi di Akhirat nanti?
Jangan panjang angan-angan, engkau nanti akan berat untuk beramal. Yakinilah bahawa tidak lama lagi engkau akan mati. Katakan dalam hatimu :
"Pagi ini aku akan beribadah meskipun berat, siapa tahu nanti malam aku mati. Malam ini aku akan bersabar untuk beribadah, siapa tahu besok aku mati."
Sebab, kematian tidak datang pada waktu keadaan dan tahun tertentu. Yang jelas ia pasti datang. Oleh kerana itu, mempersiapkan diri menyambut kedatangan maut lebih utama dari mempersiapkan diri menyambut dunia. Bukankah kau menyedari betapa pendek waktu hidupmu di dunia ini? Bukankah boleh jadi ajalmu hanya tersisa satu tarikan dan hembusan nafas atau satu hari?
Setiap hari lakukanlah hal ini dan paksakan dirimu untuk sabar beribadah kepada ALLAH. Andaikata engkau ditakdirkan untuk hidup selama lima puluh tahun dan kau biasakan dirimu untuk sabar beribadah, nafsumu tetap akan memberontak. Tetapi ketika maut menjemput kau akan berbahagia selama-lamanya.
Tetapi jika engkau tunda-tunda dirimu untuk beramal, dan kematian datang di waktu yang engkau tidak sangkakan, maka kau akan menyesal dengan penyesalan yang tidak berpenghujung..
Habib AbduLLah bin Alwi al Haddad, An Nasha'ihud Diniyyah Wal Wasoya al Imaniyyah, Beirut cet 1, 1992, hal 245-246.
Sumber : Novel bin Muhammad Alaydrus, Orang Bijak Berkata - Kumpulan Nasihat Sepanjang Masa, Cet 5 2008, Penerbit Taman Ilmu, Semanggi-Surakarta dipetik dari www.kekoh.blogspot.com
~Perkongsian ikhlas dan peringatan terutamanya buat diri sendiri dan kita semua hambaNYA..~
"wahai ALLAH, hidupkanlah kami dengan kehidupan hamba, matikanlah kami dengan kematian hamba, masukkanlah kami ke SyurgaMU bersama hamba-hambaMU yang Engkau redhai" ameen..
..CAHAya haTI..
Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu
Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala
Reff:
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala
Back to Reff:
Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu
Back to Reff:
Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah
::AIR MATA KEINSAFAN::

Menangis, kadang sulit dilakukan, walaupun sejak lahir manusia sudah terbiasa menangis. Sulit dilakukan saat dalam lapang dan bahagia. Ketika ada bencana, ujian, musibah, baru mata setitis demi setitis mengalirkan air mata, yang kadang entah untuk apa? dan tanpa makna.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
TANGISAN DAPAT MEMADAMKAN API NERAKA
Pernahkah kita menitiskan air mata saat terlintas siksaan Allah? azabnya yang begitu pedih, neraka yang menyala-nyala?, mungkin tidak, atau jarang sekali. Padahal "Mata yang menangis di tengah keheningan malam kerana takut kepada Allah, tidak akan tersentuh api neraka", begitu sabda Rasulullah SAW dalam hadis Hasan riwayat Al-Tirmidzi.
"Wahai saudaraku-saudaraku sekalian, tidakkah kalian menangis kerana rindu kepada Allah. Bukankah sesungguhnya orang yang menangis kerana takut kepada neraka akan dilindungi Allah dari neraka tersebut? Demikian nasihat Abdul Wahid bin Zaid.
Benar, menangis boleh menyelamatkan kita dari jilatan api neraka. Di dalam hadis Abdurrahman bin Samurah, Nabi saw, bersabda: "Suatu malam aku bermimpi, kemudian Nabi menyebutkan hadis dengan redaksi yang sangat panjang. Salah satu isinya adalah sabda baginda: "Aku telah melihat seorang laki-laki dari umatku di pinggir neraka jahannam, kemudian dia dihampiri oleh rasa takut (yang dia miliki) kepada Allah. Amal itu (rasa takut kepada Allah) akhirnya menyelamatkannya dia dari api neraka Jahannam. Dan Aku Melihat ada seorang lelaki dari umatku terjatuh ke dalam neraka. Akan tetapi dia didatangi oleh titisan air matanya (yang menitis) kerana takut kepada Allah. Maka air mata itupun mengeluarkan dia dari api neraka."
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."
Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
Oleh itu, jangan sia-siakan airmata hanya untuk menangisi sesuatu yang tak abadi, menangislah kerana takut akan siksaan dan azab Allah SWT, jauhilah kemaksiatan, mohonkan ampunan kepada Allah. Titisan air mata yang mengalir sekarang akan menjadi embun penyejuk pada hari perhitungan kelak, maka menangislah saudaraku, agar selamat..!InsyaALLAH
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
Wallahu` alam, sekadar satu perkongsian ilmu DAN peringatan bersama
MOGA-MOGA ADA MANFAATNYA...sama-sama menghayati erti AIR MATA KEINSAFAN(^_^)
~Hargailah AIR MATA:
::setitis air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah 1000 kali lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan, sesaat bersedih kerana REDHA dengan Allah adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana cinta manusia, sejernih wuduk yang sempurna lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata, sesuci hati kerana ILLAHI itulah hakikat cinta abadi::
MENANGISLAH KERANA ALLAH..MUHASABAH CINTAKU...
..jAGaLAh hATi..

Perasaan hasad,dengki, ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hati baginda semasa peristiwa Israk dan Mikraj.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
'Ya ALLAH, hidupkanlah kami dengan kehidupan hamba,matikanlah kami dengan kematian hamba, masukkanlah kami ke SyurgaMU bersama hamba-hambaMU yang ENGKAU redhai'
ameeen..
~RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL~
..Di sEBALik sUKA daN dUKa..

Allah Maha Besar, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan atas kehendakNYA. Layarilah kehidupan dunia dengan keredhaan dan kecintaan pada Allah SWT. InsyaALLAH kehidupan akhirat sungguh bahagia bagi orang yang menyintaiNYA..Salam Ukhwah berpanjangan buat sahabat-sahabat yang dikasihi.
Saya menulis post ini pada hari-hari terakhir di UUM, hari-hari terakhir melewati banyak kisah dan kenangan suka dan duka bersama sahabat-sahabat yang dikasihi.
MAAFKANKU..;(
Tidak dapat digambarkan betapa sedih dan kecewanya hati ini apabila menerima mesej dari sahabat yang tidak dapat menunggu ketibaanku di UUM kerana terpaksa bergegas pulang ke Johor serta-merta kerana hal keluarga. Malam itu, perjalananku ke UUM ditemani dengan air mata. Ya Allah, waktu itu hatiku cukup tersentuh dan sedih kerana tidak dapat bertolak lebih awal ke UUM, tidak dapat bersua muka dengan sahabat yang telah lama tidak bertemu, tidak dapat sama-sama meraikan majlis konvokesyen sahabat yang telah banyak memberi kata-kata semangat saat diri ini jatuh kecewa dengan masalah yang membebani diri, sahabat yang sentiasa memberi motivasi dan inspirasi pada diri ini yang kurang keyakinan diri, sahabat yang tidak lokek ilmu, sahabat yang sangat memahami, sahabat yang banyak perkongsian kenangan pahit dan manis bersama. Ucapan syukur dan tahniah buat sahabatku Noor Asyiqqin Yahya yang telah selamat dan berjaya mendapat segulung ijazah setelah 3 tahun berjihad dan berjuang menuntut ilmu dan pengalaman di UUM..huhuhu, jeles ni kerana iqin konvo lebih awal dari daa..
SAHABATKU:
‘Aku mengenalimu melalui satu nama, aku memahamimu melalui satu renungan, aku mengingatimu melalui satu kenangan & aku menyayangimu keranaNYA melalui satu persahabatan’
BERSAHABAT KERANA ALLAH SWT
Hari yang dinanti telah tiba, memang niat ini yang kedua utama selepas niat untuk lakukan yang terbaik bagi menyiapkan report praktikum. Niatku untuk pergi ziarah ke rumah sahabat yang disayangi, yang dikasihi dan yang dirindui..huhu, Hassuna Abdul Rahman @ Suna…alang-alang, sudah berada di utara, ambil peluang untuk turut ziarah sahabat yang seorang ini. Hanya Allah Ta’ala Yang Maha Mengetahi perasaan ini. Almaklumlah sudah 5 bulan terpisah seorang di utara seorang lagi nun di timur. Walaupun tiap-tiap hari kami saling berbalas sms, berkongsi kata-kata hikmat buat pedoman dalam usaha jadi hambaNYA yang soleh, kadang-kadang Suna sering juga menelefon bertanya khabar serta jarang-jarang sekali kami akan berYM untuk tanya perkembangan diri masing-masing. Bak jauh di mata namun dekat di hati ini (^_^)…huhu
Perjalanan ke rumah Suna dirasakan amat jauh walaupun bukan kali pertama berziarah ke Villa pak cik Abdul Rahman yang baik hati ini. Hati ini rasa tak sabar-sabar ingin berjumpa Suna. Hari itu, ana bersama sahabat-sahabat yang lain, Julie, Shida, (Nana, Hanis dll yang baru kenal hari itu) konvoi 3 kereta bergerak ke Jitra sempat singgah rumah coursemate Julie yang bertunang, kemudian beraya ke rumah Pak Abu (lecturer Kaunseling), singgah di Arau (umah Dayah) akhir sekali sampai jua rumah Suna nun jauh di Gua Kelam…hehe.
Setibanya di rumah Suna, Ya Allah.. saat itu jua hati ini terasa begitu sebak, doaku telah dimakbulkan. Akhirnya dapat jua bertemu mata dengan Suna. Demi Allah, dapat dirasakan mungkin ini perasaan yang lahir ikhlas barakah bersahabat kerana Allah SWT.. Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaanMU. Mohon ampun kepada semua sahabat terutama Suna, Julie & Shida…tangisku membuatkan suasana hiba sebentar…
SAHABATKU:
‘Wujudnya seorang sahabat untuk pemberi ingatan, bukan untuk melalaikan, adanya sahabat sebagai penghembus semangat jihad bukan penggoyah imanmu’
Semoga persahabatan yang terjalin atas niat keranaNYA akan dirahmati dan diberkatiNYA. Ku doakan agar kita bukan sahaja dapat bersahabat di dunia, moga-moga Allah SWT mempertemukan lagi kita di akhirat dan dapat bersahabat di Syurga. InsyaALLAH…amen
~ Suna… syukran atas juadah yang sedap dan menyelerakan. Daa paling suka tom yam Perlis ngan kerabu mangga. Shida lak paling suka kari ikan dan kari ayam Suna yang kaw. Julie lak, macam biasa, dia suka semua yang Suna masak…hihihihi~
ALHAMDULILLAH…
‘Aku amat bersyukur ke hadratMU Ya Allah..’ akhirnya report praktikum selamat di’submit’ kepada lecturer penyelia Cik Noya..moga-moga dapat markah yang baik.
‘Usaha adalah tuntutan kehidupan, namun tawakal yang sebenar adalah jaminan kekuatan dan kesejahteraan. Allah boleh mengatur perjalanan ini apa yang disangka tewas oleh manusia, tetapi kejayaan yang berlaku, apa yang disangka kecewa oleh manusia, tetapi kebahagiaan yang memenuhi jiwa’. (Dr. MAZA)
Setelah banyak kisah suka duka sepanjang menyiapkan report ini.. perkongsian gelak tawa sahabat-sahabat segar di ingatan bermula dari nak siapkan proposal (ingat lagi sahabat-sahabat yang selalu gelak tengok muka daa yang tension plus ngantok yang tak tertahan..hihihi), (ingat juga saat sedih bila daa dimarahi lecturer, Shida yang sanggup cari daa kat fakulti bila daa nangis dalam telefon, akhirnya Shida lak yang sesat kat fakulti daa..huhuhu), ingat juga saat diri ini sentiasa diambil berat oleh sahabat, Julie yang selalu tanya soalan ‘nangis lagi ke arini??’… sambil-sambil dia ambil peluang bagi motivasi dan kata-kata perangsang kepada daa…memang KAUNSELOR kesayanganku…hehe), (ingat prihatin Suna yang jauh di mata dekat di hati yang menemani daa sorang-sorang kat library dengan mesej smile yang cute)… semua itu insyaALLAH akan kekal di ingatan ini.
‘Indahnya ukhwah apabila di dalamnya terisi jutaan rahmat ALLAH. Bila menangis ada yang meredakan, bila gembira ada yang mengingatkan, bila terlalai ada yang menasihati, bila sakit ada yang mendoakan, bila sihat ada yang meraikan. Ukhwah kerana ALLAH…pasti berkekalan dunia akhirat’.
..sahabat dunia akhirat..
akuhambaNYA
..biCARa EIDulfitRi..
Alhamdulillah..puji syukur yang tak terhingga kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan salam semoga selalu tercurah kepada junjungan mulia Muhammad Rasulullah S.A.W.
Salam Eidulfitri, alhamdulillah, Allah makbulkan doa hamba yang kerdil ini kerana dengan limpah rahmatNYA, dapat juga ana menjalani ibadah puasa sebulan di bulan Ramadhan bersama keluarga di kampung. Kali terakhir dapat bersahur, berpuasa, berbuka, bertarawikh, bertadarus di rumah masa darjah enam. Ya Allah, teringat saat-saat sedih mula berpuasa di asrama masa form 1. Waktu itu ana belajar di Kolej Islam Sains Terengganu (KIST), Kuala Berang. Hampir tiap-tiap hari sebelum masuk kelas ana telefon mak di rumah menangis-nangis, sedih sangat kerana tak dapat berpuasa di rumah. Maaf ye mak, ayah, selalu anak mak ini susahkan mak. Alhamdulillah, sekarang ana sedar yang semua itu mendidik ana untuk menjadi anak yang lebih berdikari dan kuat semangat. Tahun-tahun seterusnya, berpuasa di kampus, banyak yang dapat ana belajar daripada kawan-kawan sepanjang menjalani sebulan di bulan Ramadhan di kampus. Sekarang, rasa sedih bila teringat kenangan bersama kawan-kawan terutama Suna, Syiqqin, roomate2 dan ramai lagi. Rindunya kat kawan-kawan.
Malam raya...sedih sangat-sangat, dapat rasa Ramadhan yang berlalu tidak diisi dengan ibadat yang 'maksimum'...muhasabah diri, Ramadhan ini aku diuji dengan kesibukan tugas 'praktikum'.. Ya ALLAH ampunkan aku kerana tak mampu membahagikan masa dengan baik. Moga-moga ALLAH memberi aku peluang dan kesempatan untuk menebus kesilapan ini ;(

..:gambar adik nasrul, dengan satay yang kak DAA die buat...huhu:..
Masuk 3 Syawal ana dah mula bertugas.. 6 Syawal saat yang sangat bermakna, alhamdulillah dapat berjumpa sahabat-sahabat lama. Kami berbual panjang.. setahun sekali je dapat berjumpa. Moga-moga ukhwah ini dirahmatiNiya.
~Di kesempatan ini, ana nak memohon beribu kemaafan kepada semua andai ada silap dan salah..SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN~
Salam Eidulfitri, alhamdulillah, Allah makbulkan doa hamba yang kerdil ini kerana dengan limpah rahmatNYA, dapat juga ana menjalani ibadah puasa sebulan di bulan Ramadhan bersama keluarga di kampung. Kali terakhir dapat bersahur, berpuasa, berbuka, bertarawikh, bertadarus di rumah masa darjah enam. Ya Allah, teringat saat-saat sedih mula berpuasa di asrama masa form 1. Waktu itu ana belajar di Kolej Islam Sains Terengganu (KIST), Kuala Berang. Hampir tiap-tiap hari sebelum masuk kelas ana telefon mak di rumah menangis-nangis, sedih sangat kerana tak dapat berpuasa di rumah. Maaf ye mak, ayah, selalu anak mak ini susahkan mak. Alhamdulillah, sekarang ana sedar yang semua itu mendidik ana untuk menjadi anak yang lebih berdikari dan kuat semangat. Tahun-tahun seterusnya, berpuasa di kampus, banyak yang dapat ana belajar daripada kawan-kawan sepanjang menjalani sebulan di bulan Ramadhan di kampus. Sekarang, rasa sedih bila teringat kenangan bersama kawan-kawan terutama Suna, Syiqqin, roomate2 dan ramai lagi. Rindunya kat kawan-kawan.
Malam raya...sedih sangat-sangat, dapat rasa Ramadhan yang berlalu tidak diisi dengan ibadat yang 'maksimum'...muhasabah diri, Ramadhan ini aku diuji dengan kesibukan tugas 'praktikum'.. Ya ALLAH ampunkan aku kerana tak mampu membahagikan masa dengan baik. Moga-moga ALLAH memberi aku peluang dan kesempatan untuk menebus kesilapan ini ;(
..:gambar adik nasrul, dengan satay yang kak DAA die buat...huhu:..
Masuk 3 Syawal ana dah mula bertugas.. 6 Syawal saat yang sangat bermakna, alhamdulillah dapat berjumpa sahabat-sahabat lama. Kami berbual panjang.. setahun sekali je dapat berjumpa. Moga-moga ukhwah ini dirahmatiNiya.
~Di kesempatan ini, ana nak memohon beribu kemaafan kepada semua andai ada silap dan salah..SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN~
...Ramadhan Kareem...

“Ya Allah Ya Tuhan kami, telah tiba bulan Ramadhan. Wahai Tuhan pemilik bulan Ramadhan, Engkau telah menurunkan Al-Qur’an di dalamnya dan telah menjadikannya sebagai penjelas atas petunjuk dan pembeda antara yang hak dan yang batil. Wahai Tuhan kami, berkatilah kami di dalamnya dan bantulah kami dalam melaksanakan ibadhah puasa dan menunaikan solat di dalamnya. Terimalah amal-amalan kami, maafkan dan ampunilah kami, serta masukkan kami ke dalam golongan hamba Mu yang pandai bersyukur baik di bulan ini maupun dibulan sesudah dan sebelum ini.”
Aamiin Yarobbal Alamiin.

~Peluklah RAMADHAN kali ini dengan seerat mungkin, tiba masanya kita terpaksa melepaskannya. Andainya RAMADHAN ini yang terakhir, moga ia terbaik di sisiNYA~
..::RAmaDHaN KaREEm::..
Subscribe to:
Posts (Atom)
..hiburan mendidik jiwa~
~pENYu di gANu kITe~
..::bEAuty & LoVE::..