..peRJALanaN mASIH jaUH di HaDAPaN...



Puji syukur aku panjatkan kepada ALLAH, Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Selawat dan salam, semoga selalu tercurah kepada baginda Rasulullah SAW.

Sedar tidak sedar, terlalu pantas masa berlalu, akhirnya Alhamdulillah tamat sudah pengajianku 3 tahun di UUM.. hampir seminggu ana pulang ke rumah setelah bertungkus-lumus menyiapkan proposal laporan praktikum yang memerlukan ana memberikan komitmen yang sangat tinggi bagi memuaskan hati ‘lecturer’ merangkap penyelia praktikum ana iaitulah Cik Noya. Baru hari ini ada mood… Alhamdulillah atas kekuatan yang dikurniakanNYA.

Pada awalnya, rasa ‘down’ sesangat. Hanya ALLAH Taala sahaja Yang Maha Mengetahui Lepas buat, jumpa, present then reject. Banyak kali gak. Alhamdulillah, akhirnya proposal ana diterima. Tiap-tiap hari jumpa Cik Noya pasti kena marah.. tapi, itu semua small matter kerana apa yang Cik Noya ‘leterkan’ jika difikir balik sebenarnya tersirat banyak ilmu yang ana sendiri tak terperasan. huhu… syukran buat sahabatku She-qin kerana sanggup teman, bagi nasihat, bagi idea, jalan kaki sama-sama ke library, sama-sama cari jalan bantu Suna (apa yang penting?? NIAT) sama-sama kongsi cerita dan banyak lagi kenangan kita bersama.. Moga ALLAH Taala memberi ganjaran yang setimpal untuk semua pertolonganmu sahabatku…hikhik ;(

Sekarang ni sedang bersiap sedia untuk menjalani praktikum bermula 1 Jun 2009. Kali pertama nak cari pengalaman kerja. Moga-moga ana dapat manfaatkan masa praktikum dengan baik dan dapat belajar banyak ilmu baru yang berguna dan berkat. Ya Allah permudahkanlah segala urusanku serta rakan-rakanku sepanjang kami menjalani praktikum.

InsyaALLAH, untuk post yang akan datang ana nak kongsi program terakhir ana dalam PERKIM UUM. Program Sinar Gemilang V di Perkampungan Orang Asli, Air Bah, Lenggong, Perak. insyaALLAH.

Akhir kalam...
Buat sahabat-sahabat yang dikasihi,
"KELMARIN MEMBERIKAN PENGALAMAN DALAM SETIAP INCI LANGKAH KITA...SEMALAM ADALAH TELADAN DAN UNTUK MENGHADAPI HARI ESOK, JADIKANLAH KELMARIN DAN SEMALAM ITU SEBAGAI PEDOMAN DALAM MENEROKAI SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA..INGAT.. PERJALANAN MASIH JAUH DI HADAPAN..

renung-renungkan dan selamat beramal (~_^)

...iMTiHaN mENjeLAnG LaGi...



Salam Imtihan buat sahabat-sahabat seperjuangan...

‘Ya ALLAH.. andai kegagalan kami menjadi fitnah pada agamaMU, maka cemerlangkanlah kami dalam setiap perbuatan, andai kejayaan kami membawa kami jauh dari ISLAM, maka ENGKAULAH yang berhak membentuknya…kerana kami mengimani apa yang KAU takdirkan tiadalah sia-sia melainkan dengan 1001 hikmah yang belum tersingkap nilainya’ AMEEN..

.........
Terasa cuti ‘study week’ berlalu terlalu pantas. Semester ni, cuti study week memang agak pendek berbanding sem-sem lepas. Alhamdulillah, satu paper dapat dilalui dengan penuh cabaran pada 15 April. Subject yang paling susah untuk sem ni (AUDIT COMMUNICATION). Memang betul-betul struggle untuk subject ni. Stay up sampai subuh ngan Cqin ditambah dengan sedikit ujian apabila perut ana meragam dari pagi sehari sebelum exam hingga pagi nak exam, asyik muntah-muntah rasa tak selesa dan letih sangat. Maaf mak, buat mak bimbang, lepas ni Daa takkan biarkan perut ni kosong lagi.

Redha dengan ujian Illahi kerana yakin setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
Teringat ana pada doa yang diajar oleh seorang sahabat, (Ya ALLAH.. kiranya kami kecewa pada hari ini dengan masalah-masalah yang membebani kami, ENGKAU perkuatkanlah jiwa kami untuk menghadapinya kerana mungkin esok ENGKAU telah menyediakan sebuah kebahagiaan untuk kami sebagai hadiah ketabahan kami pada hari ini.. AMEEN..) syukran buat sahabat yang disayangi, SUNA.

Exam seterusnya:

BASIC ENTREPRENEURSHIP (21 April), STRATEGIC COMMUNICATION (30 April) dan CORPORATE COMMUNICATION (2 May)… Moga dapat lakukan yang terbaik. InsyaALLAH.

.......

Buat semua sahabat yang disayangi, seuntai madah untuk dihayati bersama:

‘Setitis ilmu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di hati. Iman itu dinding taqwa. Sedangkan taqwa itu perisai hati. Yang memusnahkan pastilah nafsu. Dilayan jangan, dilawan pun jangan. Dididik perlu. Diasuh mesti. Apapun yang terjadi, ikhlas menjadi ubat penawar segalanya. Yakin pada ALLAH, kejayaan pasti menanti dirimu’


Pesanan buat diriku dan sahabat-sahabat:

SELAMAT MENGHADAPI UJIAN DENGAN TABAH, SABAR, SEMANGAT, YAKIN, DOA, USAHA, IKHTIAR, TAWAKKAL. SELAMAT BERJUANG, SELAMAT BERJIHAD, SELAMAT BERSENGKANG MATA DAN SELAMAT BERPERANG..PERJUANGAN KITA ADALAH ‘a never ending story’.

Selamat Berjaya, good luck untuk semua.. Semoga berjaya dunia akhirat. AMEEN..
Terus istiqamah melakukan kebaikan.
~Salams~ =)

...suSAH ITU TARbiah, saBAR ITU INdah...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…

Alhamdulillah..segala puji-pujian hanya layak bagi ALLAH Ta’ala.

Selawat dan salam buat pembawa rahmat seluruh alam, junjungan mulia Rasulullah saw yang menerangkan kita semua dengan kebenaran Islam.

Masa berlalu dengan begitu pantas, hingga kadang-kadang kita terlupa dan terlalai untuk memerhati setiap gerak geri serta kejadian yang diciptakanNYA untuk menambahkan lagi rasa cinta kepada Maha Pencipta.

Pejam celik, hari ini genap seminggu ana diuji dengan satu kemalangan jalan raya yang boleh dikatakan teruk bagi seorang hamba yang tak pernah diuji dengan accident.

‘biarkanlah hari-hari berlalu, lapangkanlah jiwamu apabila menerima keputusan qada’ dan qadar, jangan bosan bersabar apabila ditimpa musibah kerana di dunia ini tiada derita yang abadi’. (Imam Syafi’i)

.........
Usai kelas ‘corporate communication’ jam 6.oo petang 11 Mac 2009, ana bersama-sama tiga sahabat iaitu leen, nur dan milah bergegas ke kereta untuk pulang ke kolej memandangkan belum menunaikan solat asar.

‘Daa, ko bawak kereta nak?’ leen berseloroh padaku yang memang sedia maklum jarang-jarang sangat nak memandu jika keadaan tak memaksa.

Rasanya, lima hari lepas kali terakhir ana memandu, itupun kerana terpaksa mengambil barang penting yang tertinggal gara-gara terlewat bersiap untuk program ‘seminar komunikasi Putra-Utara 2009’ yang lepas.

‘Takpe, ko je bawak rasa tak larat lak ’ hehe.. saja cari alasan.

..........
Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba seorang student India yang menunggang motosikal membelok tanpa memandang ke arah kami yang bergerak di jalan yang lurus.

Leen yang memandu waktu itu membrek kereta serta merta apabila ana menjerit agak kuat. Namun akibat jarak yang agak dekat, kereta leen merempuh motosikal berkenaan dengan dentuman dan geseran yang agak kuat.

Waktu itu, macam-macam perasaan menyelubungi memikirkan empat nyawa dalam kereta dan seorang yang tidak pasti kondisinya di atas jalan raya.

Ana hanya tersedar apabila melihat ketiga-tiga sahabat keluar dari kereta.

.............
Perkara pertama yang dilihat adalah keadaan penunggang motosikal berkenaan. Ya Allah, kaki mangsa berdarah teruk. Namun Alhamdulillah mangsa dalam keadaan sedar apabila dapat bangun menyelamatkan diri. Puji syukur juga kerana sahabat-sahabat yang lain juga tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi semua pucat lesi.

Pada waktu itu juga, tiba-tiba ana berasa pedih dan berdenyut-denyut di bahagian mulut. Rupa-rupanya, mulut ana luka akibat terhantuk pada bahagian depan kereta kerana ‘air bag’ yang lambat keluar.

Huhu..malu juga pada sahabat-sahabat yang lain kerana tiba-tiba ana menangis teresak-esak. Bukannya apa, pertama akibat terlalu terkejut dengan kejadian yang tanpa diduga dan kedua kerana darah yang keluar padahal luka tak seteruk mana.

Ana jadi serba salah kerana tangisan ana menyebabkan sahabat yang lain turut menangis. Rupa-rupanya mereka takut kecederaan ana teruk. Si Leen tak habis-habis minta maaf, sepatutnya ana yang perlu minta maaf padanya kerana sepatutnya perlu menenangkan diri dia yang pastinya waktu itu tak dapat digambarkan perasaan selepas terlanggar orang. Mohon maaf leen.

..........
Keadaan jadi makin terkawal dan tenang selepas menunaikan solat asar.

‘Redhalah sahabat-sahabatku, ujian ini bukan satu bencana tapi nikmat yang perlu disyukuri bersama. Sesungguhnya, tidak sempurna iman seseorang itu melainkan dia diuji. Jadi, bersyukurlah jika diuji’.


..........
Puji syukur pada Yang Maha Penyayang mengurniakan ana sahabat-sahabat yang terlalu mengambil berat. Syukur Alhamdulillah Ya ALLAH.

Sepanjang waktu kejadian, ana tak putus-putus menerima panggilan telefon serta sms dari sahabat-sahabat yang ingin tahu keadaan kami. Tidak kurang jua, kata-kata semangat dan pujukan untuk tenangkan hati kami berempat. Sesungguhnya hanya ALLAH Ta’ala sahaja yang mampu membalas kasih sayang serta doa kalian semua.

‘Sahabat adalah dia yang menghampiri saat seluruh dunia menjauh, sahabat akan selalu di sisi saat kita memerlukan kehadiran atau pertolongan darinya. Malah, sahabat akan turut sama memikirkan kesengsaraan yang sedang kita alami, tidak kira susah mahupun senang. Sahabat akan sentiasa di sisi kita.. Insya ALLAH’.

BUAT SAHABAT-SAHABATKU..

Senyumlah, cerialah wahai sahabatku, walau suka, walau duka.. Kerana yang suka itu anugerah, dan yang duka itu tarbiyyah dari ILAHI buat hambaNYA yang dikasihi.

SESUNGGUHNYA..

‘Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar dan mendidik diri dengan solat yang khusyu’
…SUSAH ITU TARBIAH, SABAR ITU INDAH…

p/s: Mohon beribu kemaafan kepada mak ayah dan adik-beradik yang lambat dimaklumkan tentang accident ni..anak mak ni tak nak mak risau..juga mohon maaf pada sahabat-sahabat yang marah-marah kerana tak diberitahu awal tentang accident ni..sahabatmu ini tak nak menyusahkan kalian semua.

Akhir kalam..
~kita merancang, ALLAH juga merancang, namun DIA lah sebaik-baik perancang~

..sALam mAULiDur RasUL..



Setiap kali namamu disebut,
Debaran hati jadi tak menentu,
Lantaran rindu yang semakin kuat padamu
Maka makin bertambahlah cintaku padamu
KERANAMU
Engkaulah Rasul junjunganku..

~Jika HARTA adalah RACUN, ZAKAT lah penawarnya, Jika UMUR adalah DOSA, maka TAQWA dan TAUBAT ubatnya, dan jika HIDUP hilang IDOLA, maka RASULULLAH SAW lah contoh ikutan~

~~SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA UMAT BAGINDA, SEMOGA KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MENDAPAT SYAFAAT DARIPADA BAGINDA DI AKHIRAT KELAK..sollu alannabi~~

LEmpANG dALam SaYANg..

- diambil daripada blog ustaz Hasrizal dalam entri bertajuk Teori Evolusi Cinta -

TEORI EVOLUSI CINTA



“Korang ni asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.
“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur.
Keras bunyinya.
Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.
“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun. Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.
“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.
Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.

‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU


Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah.
Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah.
Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.
“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:


“”Dan tanyakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik lagi durhaka” [al-A'araaf 7: 163]

Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.
“Asfala saafileen,” kata al-Quran.
Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu:


“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina!” [al-Baqarah 2: 65]

Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera.
Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.
BATAS PERGAULAN
Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:

“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]

Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.
Hijab itu tafsirannya luas.
Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.


Apakah tujuannya semua itu?
Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.
“Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.
Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.
Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.
Iaitulah soal HATI!


“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”

Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?
Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.
Mulut kalian tidak menyebut.
Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.
Tubuh kamu tidak menampakkan calar.
Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.
Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.
Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.
Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!


- diambil daripada blog ustaz Hasrizal dalam entri bertajuk Teori Evolusi Cinta -

~Ana post artikel ni bagi menjawab soalan dari seorang teman..
"DAA..mu tak dok pakwe ke?? tunjuk la gambo die kat akak"
astaghfirullah..saat tu, macam-macam ana fikir, ana hanya senyum..
"nape, parents dok bagi couple ker??"
"betul akak, memang parents daa selalu nasihat daa jangan couple, atas banyak 'reasons'nya, tapi yang utama, takde istilah couple sebelum nikah dalam ISLAM..couple sebelum kawin tu haram kak.."

"yeke?? akak tak pernah tahu pun pasal ni"

Maaf akak jika penerangan yang daa bagi kat akak tak jelas, InsyaALLAH moga dengan nasihat beralas ini dapat sama-sama mengingatkan diri ana serta sahabat-sahabat yang lain agar tidak terjebak dengan budaya couple ni..

Syaitan mungkin telah berputus asa untuk mengajak umat ini bergelumang dalam dosa-dosa besar, tapi bahana dosa kecil yang mematikan hati, menggelapkan perasaan mungkin lebih berbahaya dari dosa besar yang terang-terangan membinasakan

Alhamdulillah..Artikel ni membantu ana memperjelas dan memperbetulkan sahabat-sahabat yang hampir/telah tewas dengan ujian hati. Semoga Allah memelihara kita semua dari ‘kebutaan’ ini. Syukran ustaz atas perkongsiannya..

meminjam kata-kata dari ustaz Hasrizal..ni artikel yang kalau diterjemahkan kepada perbuatan, ia adalah sebuah LEMPANG untuk kaum yang bijak berkata-kata

sebenarnya, ini adalah LEMPANG DALAM SAYANG.. kerana sayang kita sesama muslim, sayang keranaNYA, kita kena nasihat-menasihati ke arah kebenaran..

..MAAF ANDAI ADA KHILAFKU..

..kaLAM BUAT TEMAN YANG MENCARI CINta..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh
Nan aqidah muslim
Aku melayangkan warkah ini buat teman..

Wahai temanku an-nisa'
Engkau sedia maklum
Engkaulah hiasan dunia
Lantaran fitrah itu
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki
Yang sering kali mengimpikan seorang teman di sisi
Dan tentulah temanmu yang diimpi seorang serikandi

Wahai temanku an-nisa'
Aku mengetahui halusnya perasaanmu
Engkau ingin disayangi, dimanjai
Engkau juga ingin menyayangi juga memanjai
Dan aku juga tahu
Temanmu ar-rijal juga begitu..



Tetapi temanku an-nisa'
Ketahuilah engkau bahawa bercinta itu fitrah
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah
kalau benar engkau mengasihinya
Kasihinyalah kerana Pencipta fitrah
Dan jika engkau benar mengasihinya keranaNya
Engkau takkan bisa melunakkan soutul engkau
Engkau takkan bisa melemparkan panahan menggodamu
Kerana engkau tahu
itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui
Dia punya 9 akal dan 1 nafsu
Namun nafsu itu sentiasa beraja
dan engkau takkan bisa menjadikan sang nafsu itu, nafsu raja yang menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an-nisa' dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba nafsu yang menggila..

Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?
Wahai temanku ar-rijal,
Andai engkau mencintainya
Cintailah ia keranaNya, letakkanlah DIA melebihi cintamu kepada ia
Andai engkau mengasihinya keranaNya
Engkau tidakkan bisa mengajaknya bermukah di taman sepi
Kerana engkau tahu dia punya 9 nafsu 1 akal
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?



Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidak akan bisa menyentuhnya walaupun yang ringan-ringan
Kerana engakau tahu, itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa', sahabatku ar-rijal..
Aku mengasihimu LILLAHI TA'ALA
Lantaran itu dengarlah sedikit pesan ikhlasku LILLAHI TA'ALA
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki
Dan engkau kan merasa cinta manusia..

Sedikit cuma..
Andai Dia yang engkau dahului, engkau takkan gelisah
Andai dia tidak mengirim sebarang SMS
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata
Engkau tidak kan rindu Andai sehari tidak bersua,
Engkau tidak kan kecewa andai dia terlupa mengatakan 'I love U'

Kerana engkau percaya
DIA yang terbaik..
Lantaran DIA yang terbaik, DIA akan menentukan yang terbaik untukmu
Dan andai dia yang terbaik untukmu, DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya.



Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN..
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..

Yakinlah!
Adakah benar engkau meyakini takdirNya?
Maafkan aku teman, bicaraku penuh ketegasan
Aku tidak membencimu, tetapi aku membenci munkar itu
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu, aku menegur yang mana mampu
Kerana aku takut andai aku tidak menegurmu, kita kan sama-sama meredah lautan api..
Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Na'uzubillah min zalik..
Sama-samalah teman,
Pagarilah imanmu agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah DIA kerana DIAlah penjaga iman kita..



Yakinlah dengan DIA..
Serahkanlah segalanya pada DIA..
Kerana
DIA tahu yang terbaik sedangkan kita tidak..



Allah Maha Mengetahui Akhirul kalam
Letakkan si DIA dalam hatimu, engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kepadaNYA
Engkau akan gelisah andai DIA tidak mendengar rintihanmu
Engkau akan merinduiNYA andai DIA tidak memandangmu
Engkau tak kan keruan andai doamu ditolak
Dan itulah cinta hakiki..

Kerana Engkau yakin
Di sana adanya sebuah pertemuan di sebuah Syurga yang Indah..
Bercintalah kerana ALLAH
Dan engkau akan merasakan
Erti bercinta yang sebenarnya..
Insya ALLAh!!

AKHIR KALAM..
~~Sesungguhnya dengan nama ALLAH Yang Maha Mengetahui, ana berpesan pada diri ana sendiri serta sahabat-sahabat sekalian agar mengambil 'cakna' dan iktibar dalam usaha kita mencari cinta.. sesungguhnya kita perlu mendapatkan cintaNya yang hakiki agar mendapat keredhaanNya..

~~LILLAHI TA'ALA..sesungguhnya aku ini hambamu yang lemah, seringkali aku lalai melakukan dosa, terimalah amalanku Ya ALLAH, moga aku dan sahabat-sahabat di bawah lindunganMu, jauhkanlah kami dari terjerumus dalam 'COUPLE" agar kami sedar yang sesungguhnya yang HARAM TETAP HARAM..

~~YA ALLAH AKU INSAN YANG KERDIL, ENGKAU KUATKANLAH IMANKU, JANGANLAH ENGKAU JERUMUSKAN HATIKU INI KE ARAH KEMAKSIATAN, BERSIHKANLAH HATIKU DARI SEGALA TITIK-TITIK HITAM, SEMOGA AKU AKAN TERUS ISTIQAMAH MENEGAKKAN KEBENARAN ISLAM, AKU TAK MAHU MENJADI HAMBAMU YANG SANGGUP 'MENGHALALKAN PERKARA YANG HARAM' DEMI MENGIKUT NAFSU SEMATA-MATA. RAHMATILAH DAN BERKATILAH HIDUPKU DUNIA DAN AKHIRAT YA ALLAH..

...AMIN YA RABBAL AL AMIN...

..BOIKOT BERSTRATEGI..ambil dan edar






Tumpukan Boikot Barangan2 Ini, BERMULA 12 JANUARI HINGGA 12 JULAI 2009. Sasaran - LUMPUH!! Post di Blog ANda!

..BACAKAN QUNUT NAZILAH..



Kita hanya mampu berdoa, dan terus berdoa utk sahabat2 Palestin dan HAMAS...
mg2 Allah menerima doa2 kita.. Hancurkan tentera2 Yahudi yang memerangi umat Islam Palestin dan pejuang2nya. .
mg2 Allah menghancurkan mereka sehancur2nya dan menurunkan bantuanNya dari langit..ameen. .

Berikut pula adalah kupasan berkaitan dalil Doa Qunut (Nazilah),
Hadis daripada Ibnu Abbas RA:
Ertinya: Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya. (Diriwayatkan oleh Abu Daud & Imam Ahmad)

Rasulullah berbuat demikian kerana kabilah-kabilah tersebut mengaku memeluk islam dan meminta kpd Rasul SAW supaya menghantar kepada mereka guru-guru yang akan mengajar mereka. Rasulullah SAW lalu menghantar 70 orang guru tetapi mereka membunuhnya maka oleh kerana itulah Rasulullah SAW berqunut nazilah.

Abu hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah apabila hendak berdoa untuk kehancuran seseorang atau untuk kebaikan seseorang, beliau akan berqunut selepas rukuk. Daripada hadis di atas juga bacaan doa Qunut sebenarnya tidak dihadkan kepada ketika solat subuh sahaja, sebagaimana hadis yang berikut:Ertinya: “Bahawasanya Nabi SAW tidak berqunut di dalam solat subuh melainkan apabila ia mendoakan kebaikan kpd satu kaum ataupun kehancuran satu kaum. (Diriwayatkan oleh Ibnu hibban, dan Ibnu Khuzaimah)

Imam asy-Syaukani pula mengatakan supaya jangan dikhususkan qunut itu di dalam satu solat sahaja tanpa dilakukan di dalam solat-solat (fardhu) yang lain.“Adalah Rasulullah SAW tidak berqunut melainkan apabila beliau berdoa untukk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah)

..YA ALLAH, KAMI BERMOHON KEPADAMU AGAR ENGKAU MENYELAMATKAN SAUDARA-SAUDARA SEISLAM KAMI DI BUMU PALESTIN. KUATKAN SEMANGAT MEREKA UNTUK MENENTANG YAHUDI & ZIONIS LAKNATULLAH ITU. KENTALKANLAH HATI DAN JIWA MEREKA UNTUK TERUS BERJUANG. BERIKANLAH KEMENANGAN KEPADA MEREKA AGAR AL-AQSA TERUS TERPELIHARA. YA ALLAH KAU KERAHKANLAH TENTERA-TENTERAMU UNTUK MENOLONG SAUDARA-SAUDARA KAMI DI SANA. KAMI TIDAK BETAH MELIHAT ANAK-ANAK KECIL, WANITA, DAN ORANG TUA YANG TAK BERDAYA TERUS MENJADI MANGSA. PERKENANKANLAH PINTA KAMI INI YA ALLAH DEMI MENJAGA KESUCIAN AGAMA ISLAM INI. AMIN..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..hiburan mendidik jiwa~

~pENYu di gANu kITe~

..::bEAuty & LoVE::..

..::bEAuty & LoVE::..