...kENANGAn sINaR GeMILanG v...

Puji syukur aku panjatkan kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Selawat dan salam, semoga selalu tercurah kepada junjungan mulia baginda Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah, setelah tertangguh agak lama akhirnya ana berjaya meluangkan sedikit masa untuk menulis di sini. Alhamdulillah, sebuah lagi peluang untuk ana berkongsi pengalaman dan pengetahuan ana sepanjang menyertai program ‘Sinar Gemilang V’ anjuran Kelab PERKIM UUM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

Program ini diadakan di Perkampungan Orang Asli, RPS Air Bah 1 & 2, Lenggong, Perak pada 8 Mei – 11 Mei 2009 yang lalu. Selesai sahaja final exam pada 2 Mei, ana dan sahabat-sahabat AJK program bertungkus lumus menyelesaikan apa yang patut. Pada awalnya memang banyak masalah yang timbul ditambah lagi dengan kekangan masa serta kekurangan AJK program. Alhamdulillah, masalah tersebut dapat diselesaikan secara berperingkat.

“Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keridhaan Kami,benar-benar Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.Dan sesungguhnya,Allah beserta orang-orang yang berbuat baik”
Al-Ankabuut:69


DETIK-DETIK CEMAS

“Daa, lepas zohor nanti amik kereta, kita nak angkut semua barang-barang ke masjid” Syiqin memberikan tugas.

“Ok..insyaAllah, nanti mesej balik tau, huhu takut daa tertidur” saja menyakat Syiqqin.

“Amboi-amboi sempat berangan nak tidur ye, daa kena amik semua peserta muslimah kat setiap laluan jugak tau petang ni. Maaf ye, terpaksa menyusahkan daa, kita tak de wakil untuk amik peserta muslimah. Boleh kan?


Kali ni betul-betul ‘sentap’ (terkejut..cemas..blablabla..) nampaknya arini ana kena jadi driver sepanjang hari. MasyaAllah, menyesalnya kerana tak sempat kemas barang semalam. Pasti kelam kabut lepas ni. Ana pulak tak berapa cekap memandu ditambah pula trauma masa accident hari tu masih berbekas di hati. Moga Allah Ta’ala beri kekuatan dan permudahkan segala urusanku.

“Mmm..ok, insyaAllah. Bereh (^_^)” senyum bersemangat..hehe

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan dan semuanya selamat. walaupun penat memandu sampai malam, ana tak rasa terbeban bila fikir balik ini semua tanggungjawab dan amanah untuk ana. Syukran buat adik Raihan sebab sudi gilir-gilir drive dengan akak.. Syukran juga buat Miey dan adik Nadiah yang setia jadi penunjuk arah..hehe [nanti ada masa kita drive sama-sama lagi ye] =)


........

Alhamdulillah, sekitar jam 12:30 malam bas memulakan perjalanan ke Lenggong, Perak.

........

Tak dapat digambarkan setiap pengalaman dan suasana baru yang kami semua lalui untuk sampai ke perkampungan orang asli tersebut. Rasa sangat bertuah kerana dapat naik ‘lori besar’ meredah hutan, sungai, jalan yang berlubang-lubang yang penuh cabaran.

Bila sampai je kat perkampung orang asli, rasa macam tak percaya ada perkampungan jauh kat dalam hutan. Subhanallah, sesungguhnya Allah Maha Pencipta.

APA YANG PENTING?? NIAT

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah gambaran peribadi ana pada masyarakat asli di sana.

Melihat kesusahan masyarakat orang asli di sana, ana rasa makin berkobar-kobar untuk bantu mereka apa yang termampu. Masa awal-awal proposal program ini dibuat, ana memang sudah memasang niat untuk membantu masyarakat asli mengikut apa yang terdaya. Misi utama program ini adalah untuk membantu memberi kefahaman agama yang sebenarnya kepada masyarakat asli. Sesungguhnya ini adalah dakwah kecil yang mampu kami sampaikan kepada sahabat seagama yang kurang bernasib baik.


~pertandingan sumpit~



~lori besar...huhu~


~meredah hutan, sungai, jalan lubang2..penuh cabaran~


Bagi ana yang masih cetek ilmu agama serta perlu lebih banyak belajar saat mengajar ibu angkat yang sarat mengandung anak ketiga merasakan amat bersyukur dan bertuah kerana dipilih ALLAH untuk menjayakan misi suci ini.


HATIKU CUKUP TERSENTUH

‘Mak, arini saya nak ajar mak cara ambil air sembahyang’ tuturku pada ibu angkat pada hari ketiga berkampung di Air Bah.

Mak hanya diam. Sebenarnya mak memang tak banyak bercakap. Puas ana dan adik angkat, adik Aina cuba beramah mesra namun hanya beberapa patah kata yang keluar dari bibirnya. Mak hanya lebih banyak mengukirkan senyuman.

Pada masa yang sama ana dan adik Aina berbincang cara yang terbaik untuk berkomunikasi dengan mak. Sama-sama muhasabah, fikir apa yang terbaik. Benar, kami perlu ber’EMPATI’ dengan mak. Sedaya upaya cuba menyelami isi hati mak.


Syukur Alhamdulillah atas jalan serta petunjukNYA akhirnya mak dapat berwuduk dengan sempurna. Saat itu hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui perasaan syukur ini.

Tiba masa untuk kami ajar mak baca al-fatihah.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih serta Maha Penyayang. Mak yang tak pernah membaca ayat suci al-quran dapat membaca dan menghafal al-fatihah pada waktu itu juga.

Saat itu, hatiku benar-benar tersentuh. Sebak sangat, air mata menitis tanpa sedar. Terpaksa ana biarkan adik Aina meneruskan tugas mengajar mak membaca bacaan dalam solat yang seterusnya. Syukur kerana adik Aina kuat semangat serta mampu meneruskan amanah kami.

(ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban
Allah SWT telah tersenyum kepadamu..)

Demi ALLAH Pemberi Rahmat, aku benar-benar tersentuh dengan nikmat kurniaanMU. Engkau membukakan hati mak agar senang mak belajar agama.

Betapa aku takjub dengan kekuasaanMU oh Tuhan. Doaku moga semua yang mak belajar walaupun sedikit dapat mak amalkan secara istiqamah. Dan semoga usaha yang sedikit ini diterimaMU.. ameen

SALAM PERPISAHAN

Setiap pertemuan pastinya ada perpisahan.

Saat perpisahan tiba jua..

Hati ini sedih kerana dua perkara.

Pertama, sedih berpisah dengan masyarakat asli. Rasanya terlalu cepat masa berlalu. Sedih bersyukur dan terharu kerana program berjalan baik walaupun kadang-kadang apa yang dirancang lain yang jadinya.

Sedih…sedih..bila teringat banyak kenangan sepanjang program. Banyak pengalaman dan ilmu yang ana dapat. Dalam masa yang sama ana dapat tambah kenalan…Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka.

Kedua, sedih kerana ini adalah adalah program terakhir ana bersama PERKIM UUM. Program terakhir bersama sahabat-sahabat. Program terakhir bersama adik-adik. Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui kesedihan di hati insan kerdil ini.

Sedih sangat mengenangkan ukhwah yang terjalin bersama sahabat-sahabat. Puji syukur padaMU Ya Rabb. Sesungguhnya indahnya ukhwah apabila di dalamnya terisi jutaan rahmat ALLAH. Moga rahmat Illahi mengiringi ukhwah yang terjalin antara kami. InsyaALLAH.



~khusyuk org kampung dengar tazkirah~


~anak2 orang asli yang aktif (^_^)~



~sahabat muslimin VS sahabat air bah..meriah~


~generasi muda~


~pembahagian pakaian utk org kampung~



~bagus sungguh..kuat angkat beras~



~mak ngan adik2 khusyuk makan~


AKHIR KALAM

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua sahabat peserta yang banyak membantu memberikan komitmen yang amat baik sebelum, semasa dan selepas program. Ana mewakili sahabat-sahabat AJK program memohon beribu kemaafan atas sebarang masalah yang timbul.

“Tak dinamakan hidup jika tiada dugaan. Tak dinamakan ujian jika tak terasa getirnya. Namun begitu, usahlah mengeluh kerana setiap percaturan ALLAH itu tersimpan 1001 rahsia yang tak mampu disingkap manusia. Apa yang pasti, kita tetap hamba ciptaanNYA selagimana kita diberikan peluang untuk bernafas dan jangan sesekali biarkan ia berlalu tanpa mengingati ALLAH.”

Teruskan istiqomah dalam perjuangan untuk mempertahankan ISLAM.


~selamat tinggal semua..~



~MEMBANGUN BERSAMA ISLAM~

Seeru’ala barakatillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..hiburan mendidik jiwa~

~pENYu di gANu kITe~

..::bEAuty & LoVE::..

..::bEAuty & LoVE::..