YOU are my pure love ~



Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki yang fasiq menyentuh dirinya...
Walaupun hatinya
Kerana Allah teramat mencintainya.

Tetapi andai kita bergelumang
dengan cinta lelaki yang palsu imannya...

Di mana Allah untuk menjaga kita
Allah seakan melepaskan kita 
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah ingin mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya..... dilindungi

Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu, tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri :) 

Warkah buat Pemilik Rusuk ini ~


Kepada pemilik tulang rusukku. Akan ku mencari dan mendapatkanmu. Akan ku sentiasa menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu. Jika bukan di sini, mungkin di syurga nanti :) 

Aku harap dia adalah seorang yang baik akhlaknya dan kuat imannya ^_^

Wahai para gadis yang resah menunggu, jangan menangis atau bersedih tentang jodohmu.
InsyaAllah Dia akan temukanmu dengan pemilik tulang rusukmu bila sudah tiba masanya.
Dalam waktu itu, teruskan menanti dan menjadi yang terbaik buatnya.

Jika kita ingin seseorang yang "special", maka siapkanlah diri kita supaya menjadi yang "special" juga. ^_^









InsyaAllah... Allah pasti memudahkan niat mulia itu (^_^)


I'll start loving you after marriage!





~For My Future Husband~

I love you but I don't know who you are,
I've loved you since the moment I saw the star,
all my life I've been waiting for you,
I know you've been doing the same too.

I love you only because you love Allah, 
I want you only to grab your hand to enter Jannah,
If you and I ever got together,
please remind me to love Allah more than any other.

If Allah wills, in time, 
you will be mine and I'll definitely be yours.

"Will I be in time to know who will be my love! I don't know. I just don't know. But I know what love is, it's everything about Allah. I love you but I'll start loving you after marriage".. (^_^)




~Let's really put our hopes to Allah.

I'dad Ramadhan~



I'dad bermakna persiapan dan hanya beberapa hari kita akan melangkah ke bulan Ramadhan. Mari perkemaskan langkah kita sebelum waktunya tiba!

1- I’dad Ruhi, yakni persiapan Rohani (Soul) dan Jasadi (Body).

Bagi orang-orang yang soleh, mereka akan merasakan ini adalah peluang melipatgandakan amalan. 

Justeru, persiapan yang awal adalah perlu sebelum datangnya Ramadhan yang diberkati. 

Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya sejak bulan Rajab dan Sya’ban. 

Biasanya mereka berdoa : “Ya Allah, berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan.”

Dosa amat mencacatkan Ramadhan kita. Oleh itu, perbanyakkan Taubat kepada Allah, mohon keampunannya dan sebaik mungkin jauhilah maksiat sama ada kita buat dalam gelap, terang, sendirian mahupun berkumpulan.

'Warming up' itu perlu. Perbanyakkan amalan puasa sunat. Dari situ, kita akan menjaga kualiti puasa kita sepanjang ramadhan. 

Ini kerana mungkin semasa kita melakukan 'warming up', berlaku sesuatu di luar dugaan yang boleh mencacatkan Ramadhan kita(seperti mengumpat, mencarut, dan masalah hati lainnya).

Ini sekadar latihan untuk Ramadhan yang akan datang

2- I’dad 'Aqli
, yakni persiapan Mental (Mind).

Untuk memasuki Ramadhan kita sebaiknya menyediakan minda yang lebih kuat dan bersedia daripada biasanya. 

Sebab, jika mental lemah, boleh jadi kepuasan yang dilimpahkan oleh Allah swt. pada bulan Ramadhan tidak dapat kita raih secara maksimum.

Maka, ikutilah i'dad Rasulullah SAW dan para sahabat RA membiasakan diri melatih mentaliti seawal bulan rejab lagi supaya kita terbiasa dengan berpuasa, banyak berinteraksi dengan al- Qur’an, terbiasa bangun malam (qiyamul-lail) dan lain-lainnya.

Ini penting supaya kita tidak mencari alasan, menyalahkan ramadhan atas kecuaian, ketidak'prepare'an sewaktu rejab dan sya'ban dalam mengharungi Ramadhan.

3- I’dad Fikri wa Ilmi
, yakni persiapan intelektual dan keilmuan (Knowledge).

Agar ibadah Ramadhan dapat diterima semaksimumnya, tasawwur (persepsi) yang sahih tentang Ramadhan adalah perlu. 

Antaranya dengan membaca berbagai bahan rujukan dan menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan.

Kegiatan ini perlu supaya kita mampu beribadah sesuai tuntunan Rasulullah SAW yang Sahih dan menjauhi perkara-perkara di luar sunnah (bid'ah). 

Bid'ah mampu mencacatkan Ramadhan kita selain merendahkan amalan kita di sisi Allah SWT.

Menghafal ayat-ayat dan doa-doa yang berkait dengan pelbagai jenis ibadah, atau menguasai berbagai masalah dalam fiqh puasa, juga penting untuk kita siapkan.

Semoga persiapan yang dilakukan mampu menjadikan ibadah puasa kita kali ini adalah yang terbaik dalam sejarah puasa yang kita lakukan dan semoga ianya diterima oleh Allah SWT serta diberikan ganjaran yang sewajarnya.

InshaAllah, sama-samalah kita merebut dan meraih segala ganjaran di bulan Ramadhan yang Mulia ini kerana segala amalan ibadah akan dilipat gandakan amalannya.

Moga kita semua terus Istiqamah untuk menjadi hebat hasil Tarbiyah Ramadhan. Tingkatkan produktiviti, kurangkan kontroversi, hebatkan diri.

Maaf, aku sudah bertunang~


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang muslimah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.


Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Shaidatul Shahida yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.


"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"


Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."


"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."


"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."


Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.


"Kak, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"


Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.


"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."


Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.


"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"


Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila enti menikah?"


Aku tiada jawapan khusus.


"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!" Muazzamah tersenyum megah.


"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...


"Usah berlebihan ya..."


Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"angah, jom makan!"


Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.


"Tafaddal, ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.


"Wah, enti diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.


............ ......... ......... .........


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "


"Ya Allah, tenangnya... "


"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.


Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...


Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Muazzamah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...


"Angah bertunang dengan siapa, mak cik?"


Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, angah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."


"Allahuakbar. .." Terduduk Muazzamah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.


"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."


Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.


"Ya Allah, patut la Angah selalu menangis... Muazzamah tak tahu mak cik."


"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Shaidatul Shahida mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."


Muazzamah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Shaidatul Shahida yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."


************ ********* ********* ********* *******

P/s: Kematian itu akan datang.. secara tiba-tiba.. Cukuplah ia menjadi peringatan kepada kita.. Kita akan berpisah.. berpisah dari segala-galanya.. Sedarlah, ada tempat yang kekal menanti kita di sana.. berwaspadalah.. Bimbang.. kita dilamar tanpa sedar.. Sedar-sedar sudah diarak dengan kelengkapan pakaian pengantin serba putih.



Di ubahsuai dari cerpen asal, sumber: klik

Sepenggal doaku..




Ya Robb,...
Aku datang pada Mu dengan penuh kepasrahan
Ketika dihadapkan kepada pilihan terberat

Ya Robb,...
Beri ketetapan hati untukku
Hati yang terbaik yang sama-sama kita lihat
Hati yang bukan saja menyejukkan dalam pandanganku
Tapi hati yang telah kau lihat sampai menembus relung kalbunya...

Allah yang Maha Kuasa,
Maha Melihat masa depan,
Maha Mengetahui yang akan terjadi
Engkau jua yang mengetahui keinginan terdalam hatiku

Ya Allah,...
Jika mendambanya adalah kesalahan
dan merindunya adalah kekeliruan
Tolong jangan biarkan hati ini terbuai dalam keindahan fatamorgana ...

Jika kesempurnaannya bukan untukku...
Tolong bawa jauh dari relung hati...
Hapuskan khayalan keindahan tentangnya
dan jangan biarkan aku terlena dalam keindahannya...
Gantikan aku dengan kesempurnaan yang sebenarnya untuk dia

Tapi Tuhan,...
Jika kesempurnaanku adalah bersamanya
Beri aku kekuatan menentukan pilihan
Beri aku kesabaran dalam menjalani proses menggapainya
Jika dia memang untukku...
Jangan biarkan aku menyerah & terperuk dalam belenggu masa lalu............

Semoga Kau redhai kami untuk bersatu
Mengharungi sisa umur...
Menapaki jalan kearah Mu...
Dan melukis keindahan untuk dunia dan akhirat kami...

Tolong beri kesabaran yang penuh...
dalam melalui detik-detik waktu yang berjalan...

Amien......


warkah buat ya akhi

~Aku yakin jodohku telah tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga dalam hati seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku~

Orang dungu hanya tahu setelah terkena..


Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

"Wahai anak Adam, janganlah kamu tergolong dalam golongan mereka yang suka melengah-lengahan taubat dan memanjangkan angan-angan. Janganlah kamu mengharapkan kebahagiaan akhirat tanpa beramal.

Memperkatakan perkataan ahli-ahli ibadah tetapi beramal dengan amalan munafik. Sekiranya diberikan tidak pernah merasa cukup. Sekiranya tidak memperoleh sesuatu, tidak mahu bersabar.

Menyeru kepada kebaikan tetapi tidak melakukan kebaikan. Mencegah kemungkaran tetapi masih bergelumang dengannya.

Mengasihi orang soleh tetapi tidak mahu bersama golongan mereka. Membenci orang munafik tetapi kamu terdiri daipada golongan mereka. Bercakap perkara yang tidak dibuat. Buat apa yang tidak disuruh. Meminta ditunaikan (janji-janji Allah) tetapi ia tidak menunaikan (hak-hakNya).

Wahai anak Adam, setiap hari yang baru, bumi sentiasa menegurmu dengan kata-kata: 'Wahai anak Adam, engkau berjalan di permukaanku dan setelah itu engkau akan disimpan ke dalam perutku. Engkau memakan sebanyak yang diinginkan ketika berada di permukaanku kemudian engkau akan dimakan ulat di dalam perutku.'

Wahai anak Adam, setiap hari bumi berkata kepadamu: 'Wahai anak Adam, aku ialah rumah yang sengsara. Aku ialah rumah yang bakal meninggalkan kamu keseorangan. Aku ialah rumah yang gelap. Aku ialah rumah bagi ular dan kala jengking. Oleh itu makmurkanlah (dengan amal soleh) dan jangan engkau runtuhkan daku.'"

[Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah].



~ Begitulah kehidupan kita di dunia ini, di sebalik semua yang kita lalui di dunia, masih ada alam lain yang perlu kita lalui. Apa yang berlaku di sini sama sekali berbeza keadaannya dengan alam lain. Kehidupan di alam kubur berbeza. Kehidupan di Padang Mahsyar juga tidak sama. Apatah lagi hujung perjalanan ini ialah neraka yang sangat mengerikan.

~ Segala yang bakal berlaku diceritakan perkhabarannya dalam al-Quran dan sunnah. Namun, kesedapan hidup dan kesenangan duniawi menyebabkan kita lupa nasib yang bakal dilalui di alam lain nanti. Kedangkalan akal fikiran, gelora hawa nafsu sering menewaskan manusia dengan umpan-umpan segar. Sedangkan penderitaan yang tidak terperi sakitnya bakal menunggu si alpa ini.

p/s: Justeru, janganlah kita menjadi orang dungu yang akan tersedar, hanya apabila telah terkena.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..hiburan mendidik jiwa~

~pENYu di gANu kITe~

..::bEAuty & LoVE::..

..::bEAuty & LoVE::..