..jAGaLAh hATi..



Perasaan hasad,dengki, ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hati baginda semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

'Ya ALLAH, hidupkanlah kami dengan kehidupan hamba,matikanlah kami dengan kematian hamba, masukkanlah kami ke SyurgaMU bersama hamba-hambaMU yang ENGKAU redhai'
ameeen..



~RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL~

..Di sEBALik sUKA daN dUKa..




Allah Maha Besar, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan atas kehendakNYA. Layarilah kehidupan dunia dengan keredhaan dan kecintaan pada Allah SWT. InsyaALLAH kehidupan akhirat sungguh bahagia bagi orang yang menyintaiNYA..Salam Ukhwah berpanjangan buat sahabat-sahabat yang dikasihi.

Saya menulis post ini pada hari-hari terakhir di UUM, hari-hari terakhir melewati banyak kisah dan kenangan suka dan duka bersama sahabat-sahabat yang dikasihi.

MAAFKANKU..;(

Tidak dapat digambarkan betapa sedih dan kecewanya hati ini apabila menerima mesej dari sahabat yang tidak dapat menunggu ketibaanku di UUM kerana terpaksa bergegas pulang ke Johor serta-merta kerana hal keluarga. Malam itu, perjalananku ke UUM ditemani dengan air mata. Ya Allah, waktu itu hatiku cukup tersentuh dan sedih kerana tidak dapat bertolak lebih awal ke UUM, tidak dapat bersua muka dengan sahabat yang telah lama tidak bertemu, tidak dapat sama-sama meraikan majlis konvokesyen sahabat yang telah banyak memberi kata-kata semangat saat diri ini jatuh kecewa dengan masalah yang membebani diri, sahabat yang sentiasa memberi motivasi dan inspirasi pada diri ini yang kurang keyakinan diri, sahabat yang tidak lokek ilmu, sahabat yang sangat memahami, sahabat yang banyak perkongsian kenangan pahit dan manis bersama. Ucapan syukur dan tahniah buat sahabatku Noor Asyiqqin Yahya yang telah selamat dan berjaya mendapat segulung ijazah setelah 3 tahun berjihad dan berjuang menuntut ilmu dan pengalaman di UUM..huhuhu, jeles ni kerana iqin konvo lebih awal dari daa..

SAHABATKU:
‘Aku mengenalimu melalui satu nama, aku memahamimu melalui satu renungan, aku mengingatimu melalui satu kenangan & aku menyayangimu keranaNYA melalui satu persahabatan’


BERSAHABAT KERANA ALLAH SWT


Hari yang dinanti telah tiba, memang niat ini yang kedua utama selepas niat untuk lakukan yang terbaik bagi menyiapkan report praktikum. Niatku untuk pergi ziarah ke rumah sahabat yang disayangi, yang dikasihi dan yang dirindui..huhu, Hassuna Abdul Rahman @ Suna…alang-alang, sudah berada di utara, ambil peluang untuk turut ziarah sahabat yang seorang ini. Hanya Allah Ta’ala Yang Maha Mengetahi perasaan ini. Almaklumlah sudah 5 bulan terpisah seorang di utara seorang lagi nun di timur. Walaupun tiap-tiap hari kami saling berbalas sms, berkongsi kata-kata hikmat buat pedoman dalam usaha jadi hambaNYA yang soleh, kadang-kadang Suna sering juga menelefon bertanya khabar serta jarang-jarang sekali kami akan berYM untuk tanya perkembangan diri masing-masing. Bak jauh di mata namun dekat di hati ini (^_^)…huhu
Perjalanan ke rumah Suna dirasakan amat jauh walaupun bukan kali pertama berziarah ke Villa pak cik Abdul Rahman yang baik hati ini. Hati ini rasa tak sabar-sabar ingin berjumpa Suna. Hari itu, ana bersama sahabat-sahabat yang lain, Julie, Shida, (Nana, Hanis dll yang baru kenal hari itu) konvoi 3 kereta bergerak ke Jitra sempat singgah rumah coursemate Julie yang bertunang, kemudian beraya ke rumah Pak Abu (lecturer Kaunseling), singgah di Arau (umah Dayah) akhir sekali sampai jua rumah Suna nun jauh di Gua Kelam…hehe.

Setibanya di rumah Suna, Ya Allah.. saat itu jua hati ini terasa begitu sebak, doaku telah dimakbulkan. Akhirnya dapat jua bertemu mata dengan Suna. Demi Allah, dapat dirasakan mungkin ini perasaan yang lahir ikhlas barakah bersahabat kerana Allah SWT.. Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaanMU. Mohon ampun kepada semua sahabat terutama Suna, Julie & Shida…tangisku membuatkan suasana hiba sebentar…

SAHABATKU:

‘Wujudnya seorang sahabat untuk pemberi ingatan, bukan untuk melalaikan, adanya sahabat sebagai penghembus semangat jihad bukan penggoyah imanmu’
Semoga persahabatan yang terjalin atas niat keranaNYA akan dirahmati dan diberkatiNYA. Ku doakan agar kita bukan sahaja dapat bersahabat di dunia, moga-moga Allah SWT mempertemukan lagi kita di akhirat dan dapat bersahabat di Syurga. InsyaALLAH…amen

~ Suna… syukran atas juadah yang sedap dan menyelerakan. Daa paling suka tom yam Perlis ngan kerabu mangga. Shida lak paling suka kari ikan dan kari ayam Suna yang kaw. Julie lak, macam biasa, dia suka semua yang Suna masak…hihihihi~

ALHAMDULILLAH…


‘Aku amat bersyukur ke hadratMU Ya Allah..’ akhirnya report praktikum selamat di’submit’ kepada lecturer penyelia Cik Noya..moga-moga dapat markah yang baik.

‘Usaha adalah tuntutan kehidupan, namun tawakal yang sebenar adalah jaminan kekuatan dan kesejahteraan. Allah boleh mengatur perjalanan ini apa yang disangka tewas oleh manusia, tetapi kejayaan yang berlaku, apa yang disangka kecewa oleh manusia, tetapi kebahagiaan yang memenuhi jiwa’. (Dr. MAZA)

Setelah banyak kisah suka duka sepanjang menyiapkan report ini.. perkongsian gelak tawa sahabat-sahabat segar di ingatan bermula dari nak siapkan proposal (ingat lagi sahabat-sahabat yang selalu gelak tengok muka daa yang tension plus ngantok yang tak tertahan..hihihi), (ingat juga saat sedih bila daa dimarahi lecturer, Shida yang sanggup cari daa kat fakulti bila daa nangis dalam telefon, akhirnya Shida lak yang sesat kat fakulti daa..huhuhu), ingat juga saat diri ini sentiasa diambil berat oleh sahabat, Julie yang selalu tanya soalan ‘nangis lagi ke arini??’… sambil-sambil dia ambil peluang bagi motivasi dan kata-kata perangsang kepada daa…memang KAUNSELOR kesayanganku…hehe), (ingat prihatin Suna yang jauh di mata dekat di hati yang menemani daa sorang-sorang kat library dengan mesej smile yang cute)… semua itu insyaALLAH akan kekal di ingatan ini.

‘Indahnya ukhwah apabila di dalamnya terisi jutaan rahmat ALLAH. Bila menangis ada yang meredakan, bila gembira ada yang mengingatkan, bila terlalai ada yang menasihati, bila sakit ada yang mendoakan, bila sihat ada yang meraikan. Ukhwah kerana ALLAH…pasti berkekalan dunia akhirat’.

..sahabat dunia akhirat..
akuhambaNYA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..hiburan mendidik jiwa~

~pENYu di gANu kITe~

..::bEAuty & LoVE::..

..::bEAuty & LoVE::..