...jaDUAL HARIAN SEORANG MUSLim...


IHYA’ RAMADHAN

….JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM SEPANJANG RAMADHAN…

4.00 PAGI:
1. Berdoalah “Segala puji bagi Allah yg telah menghidupkan aku setelah Dia mematikan aku dan kepadaNyalah aku akan dikembalikan”.
2. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3. Mandi dan membersihkan diri.
4. Mengambil wuduk dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 PAGI:
1. Solat sunat Taubat. Niatnya: Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Ta’ala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun.
2. Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Slps sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada Allah SWT. Menangislah menyesali dosa-dosa.
3. Solat sunat Tahajjud. Niatnya: Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat krn Allah Ta’ala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada Allah SWT.
4. Solat sunat Hajat. Niatnya: Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Ta’ala. Rakaat pertama baca ayatul- Kursi 1 kali selepas Al-Fatihah. Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir, baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat2 kita. Salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
5. Solat sunat Witir. Niatnya: Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana Allah Ta’ala. Perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT dengan penuh kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar Allah SWT ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 PAGI:
1. Makan sahur.
2. Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 PAGI:
1. Bersiap menunggu waktu Subuh dgn membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
2. Elakkan tidur selepas Subuh kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

7.00 PAGI: (ikut kesesuaian)
1. Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
2. Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada Allah SWT agar semua aktiviti kita diberkatiNya. Sentiasa berselawat kpd Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di dalam hati.
3. Banyakkan istighfar / meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh tanggungjawab. Datangkan rasa bahawa Allah SWT sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah Dia akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 PAGI: (ikut taqwim semasa)
1. Sembahyang sunat Dhuha. Ia adalah sumber rezeki yang berkat jika istiqamah diamalkan. Niatnya: Sahaja aku sembahyang solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.
2. Penuhi masa rehat tengahari dgn menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia2. Contoh dosa2: mengumpat, mengutuk, menyindir yang menyakitkan hati orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yg tiada sangkut paut dgn kerja.

1.o0 PETANG:
1. Bersiap untuk solat Zohor.
2. Menunggu waktu sembahyang dgn berselawat dan menunaikan solat Zohor berjemaah.
3. Laksanakan juga solat sunat Rawatib. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada Allah yg memberi kita nikmat besar dapat beribadah kepadaNya.

4.15 PETANG:
1. Bersedia untuk solat Asar.
2. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada Allah yg memberi kita nikmat besar dapat beribadah kepadaNya.

5.30 PETANG:
1. Membeli barang2 keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!
2. Memperbanyakkan doa sblm berbuka kerana di waktu itu adalah masa yg mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW: “Ramai orang yg berpuasa, yg mereka dapat hanya lapar dan dahaga”, merintihlah kepada Allah agar amalan kita diterima.
3. Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka: “Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dgn rezeki Engkaulah aku berbuka”.
4. Berbuka puasa dgn makanan yg manis seperti buah kurma, dan jangan makan terlalu banyak.
5. Seeloknya setelah makan kurma dan minum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah. Setelah itu, barulah makan makanan yg berat. Dlm hal ini, ikutlah kaedah yg telah diajar oleh Rasulullah SAW: Makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang!.

8.30 MALAM: (ikut taqwim semasa)
1. Solat Isyak berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih.
2. Cuba pertahankan solat Tarawih w/bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yg lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang Ramadhan. Kebanyakan imam2 besar mengkhatamkan Al-Quran 2 kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).

11.00 MALAM:
1. Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2. Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat: “Sahaja aku berpuasa hari esok, untuk menunaikan Puasa Ramadhan yg wajib ke atasku, tahun ini kerana Allah Ta’ala”.
3. Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4. Bacalah doa tidur. Ertinya: “Dengan namaMu Ya Allah, aku hidup dan mati”. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil Allah ketika tidur.


Buat antum sume, semoga Ramadhan kali ini memberi seribu rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa..semoga kita sama2 dpt tingkatkan amal ibadat kita di bulan yang mulia ini..beribadatlah kita umpama Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yg terakhir buat kita. Semoga Allah Taala pelihara kesihatan kita sume agar dpt beribadat dgn penuh khusyuk dan tawadduk padaNya..
Ya Allah aku pohon padaMu moga Engkau merahmati niat suci hambaMu insan yg kerdil ini..moga Engkau pnjgkan umurku, ibu bapaku, saudara maraku, guru2ku serta sahabat2ku agar kami sume dpt beribadat pdMu dan dpt bertemu dan menikmati lagi keberkatan bulan yang penuh kemulian ini Ya Allah...
Aku memohon padaMu agar merahmati hidupku dunia dan akhirat, moga aku akan mendapat keampunan drMu atas segala dosa yg pernah aku lakukan serta jauhkanlah aku daripada azab api neraka...Ya Allah.
AMIN...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..hiburan mendidik jiwa~

~pENYu di gANu kITe~

..::bEAuty & LoVE::..

..::bEAuty & LoVE::..