..kaLAM BUAT TEMAN YANG MENCARI CINta..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh
Nan aqidah muslim
Aku melayangkan warkah ini buat teman..

Wahai temanku an-nisa'
Engkau sedia maklum
Engkaulah hiasan dunia
Lantaran fitrah itu
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki
Yang sering kali mengimpikan seorang teman di sisi
Dan tentulah temanmu yang diimpi seorang serikandi

Wahai temanku an-nisa'
Aku mengetahui halusnya perasaanmu
Engkau ingin disayangi, dimanjai
Engkau juga ingin menyayangi juga memanjai
Dan aku juga tahu
Temanmu ar-rijal juga begitu..



Tetapi temanku an-nisa'
Ketahuilah engkau bahawa bercinta itu fitrah
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah
kalau benar engkau mengasihinya
Kasihinyalah kerana Pencipta fitrah
Dan jika engkau benar mengasihinya keranaNya
Engkau takkan bisa melunakkan soutul engkau
Engkau takkan bisa melemparkan panahan menggodamu
Kerana engkau tahu
itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui
Dia punya 9 akal dan 1 nafsu
Namun nafsu itu sentiasa beraja
dan engkau takkan bisa menjadikan sang nafsu itu, nafsu raja yang menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an-nisa' dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba nafsu yang menggila..

Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?
Wahai temanku ar-rijal,
Andai engkau mencintainya
Cintailah ia keranaNya, letakkanlah DIA melebihi cintamu kepada ia
Andai engkau mengasihinya keranaNya
Engkau tidakkan bisa mengajaknya bermukah di taman sepi
Kerana engkau tahu dia punya 9 nafsu 1 akal
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?



Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidak akan bisa menyentuhnya walaupun yang ringan-ringan
Kerana engakau tahu, itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa', sahabatku ar-rijal..
Aku mengasihimu LILLAHI TA'ALA
Lantaran itu dengarlah sedikit pesan ikhlasku LILLAHI TA'ALA
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki
Dan engkau kan merasa cinta manusia..

Sedikit cuma..
Andai Dia yang engkau dahului, engkau takkan gelisah
Andai dia tidak mengirim sebarang SMS
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata
Engkau tidak kan rindu Andai sehari tidak bersua,
Engkau tidak kan kecewa andai dia terlupa mengatakan 'I love U'

Kerana engkau percaya
DIA yang terbaik..
Lantaran DIA yang terbaik, DIA akan menentukan yang terbaik untukmu
Dan andai dia yang terbaik untukmu, DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya.



Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN..
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..

Yakinlah!
Adakah benar engkau meyakini takdirNya?
Maafkan aku teman, bicaraku penuh ketegasan
Aku tidak membencimu, tetapi aku membenci munkar itu
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu, aku menegur yang mana mampu
Kerana aku takut andai aku tidak menegurmu, kita kan sama-sama meredah lautan api..
Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Na'uzubillah min zalik..
Sama-samalah teman,
Pagarilah imanmu agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah DIA kerana DIAlah penjaga iman kita..



Yakinlah dengan DIA..
Serahkanlah segalanya pada DIA..
Kerana
DIA tahu yang terbaik sedangkan kita tidak..



Allah Maha Mengetahui Akhirul kalam
Letakkan si DIA dalam hatimu, engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kepadaNYA
Engkau akan gelisah andai DIA tidak mendengar rintihanmu
Engkau akan merinduiNYA andai DIA tidak memandangmu
Engkau tak kan keruan andai doamu ditolak
Dan itulah cinta hakiki..

Kerana Engkau yakin
Di sana adanya sebuah pertemuan di sebuah Syurga yang Indah..
Bercintalah kerana ALLAH
Dan engkau akan merasakan
Erti bercinta yang sebenarnya..
Insya ALLAh!!

AKHIR KALAM..
~~Sesungguhnya dengan nama ALLAH Yang Maha Mengetahui, ana berpesan pada diri ana sendiri serta sahabat-sahabat sekalian agar mengambil 'cakna' dan iktibar dalam usaha kita mencari cinta.. sesungguhnya kita perlu mendapatkan cintaNya yang hakiki agar mendapat keredhaanNya..

~~LILLAHI TA'ALA..sesungguhnya aku ini hambamu yang lemah, seringkali aku lalai melakukan dosa, terimalah amalanku Ya ALLAH, moga aku dan sahabat-sahabat di bawah lindunganMu, jauhkanlah kami dari terjerumus dalam 'COUPLE" agar kami sedar yang sesungguhnya yang HARAM TETAP HARAM..

~~YA ALLAH AKU INSAN YANG KERDIL, ENGKAU KUATKANLAH IMANKU, JANGANLAH ENGKAU JERUMUSKAN HATIKU INI KE ARAH KEMAKSIATAN, BERSIHKANLAH HATIKU DARI SEGALA TITIK-TITIK HITAM, SEMOGA AKU AKAN TERUS ISTIQAMAH MENEGAKKAN KEBENARAN ISLAM, AKU TAK MAHU MENJADI HAMBAMU YANG SANGGUP 'MENGHALALKAN PERKARA YANG HARAM' DEMI MENGIKUT NAFSU SEMATA-MATA. RAHMATILAH DAN BERKATILAH HIDUPKU DUNIA DAN AKHIRAT YA ALLAH..

...AMIN YA RABBAL AL AMIN...

..BOIKOT BERSTRATEGI..ambil dan edar






Tumpukan Boikot Barangan2 Ini, BERMULA 12 JANUARI HINGGA 12 JULAI 2009. Sasaran - LUMPUH!! Post di Blog ANda!

..BACAKAN QUNUT NAZILAH..



Kita hanya mampu berdoa, dan terus berdoa utk sahabat2 Palestin dan HAMAS...
mg2 Allah menerima doa2 kita.. Hancurkan tentera2 Yahudi yang memerangi umat Islam Palestin dan pejuang2nya. .
mg2 Allah menghancurkan mereka sehancur2nya dan menurunkan bantuanNya dari langit..ameen. .

Berikut pula adalah kupasan berkaitan dalil Doa Qunut (Nazilah),
Hadis daripada Ibnu Abbas RA:
Ertinya: Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya. (Diriwayatkan oleh Abu Daud & Imam Ahmad)

Rasulullah berbuat demikian kerana kabilah-kabilah tersebut mengaku memeluk islam dan meminta kpd Rasul SAW supaya menghantar kepada mereka guru-guru yang akan mengajar mereka. Rasulullah SAW lalu menghantar 70 orang guru tetapi mereka membunuhnya maka oleh kerana itulah Rasulullah SAW berqunut nazilah.

Abu hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah apabila hendak berdoa untuk kehancuran seseorang atau untuk kebaikan seseorang, beliau akan berqunut selepas rukuk. Daripada hadis di atas juga bacaan doa Qunut sebenarnya tidak dihadkan kepada ketika solat subuh sahaja, sebagaimana hadis yang berikut:Ertinya: “Bahawasanya Nabi SAW tidak berqunut di dalam solat subuh melainkan apabila ia mendoakan kebaikan kpd satu kaum ataupun kehancuran satu kaum. (Diriwayatkan oleh Ibnu hibban, dan Ibnu Khuzaimah)

Imam asy-Syaukani pula mengatakan supaya jangan dikhususkan qunut itu di dalam satu solat sahaja tanpa dilakukan di dalam solat-solat (fardhu) yang lain.“Adalah Rasulullah SAW tidak berqunut melainkan apabila beliau berdoa untukk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah)

..YA ALLAH, KAMI BERMOHON KEPADAMU AGAR ENGKAU MENYELAMATKAN SAUDARA-SAUDARA SEISLAM KAMI DI BUMU PALESTIN. KUATKAN SEMANGAT MEREKA UNTUK MENENTANG YAHUDI & ZIONIS LAKNATULLAH ITU. KENTALKANLAH HATI DAN JIWA MEREKA UNTUK TERUS BERJUANG. BERIKANLAH KEMENANGAN KEPADA MEREKA AGAR AL-AQSA TERUS TERPELIHARA. YA ALLAH KAU KERAHKANLAH TENTERA-TENTERAMU UNTUK MENOLONG SAUDARA-SAUDARA KAMI DI SANA. KAMI TIDAK BETAH MELIHAT ANAK-ANAK KECIL, WANITA, DAN ORANG TUA YANG TAK BERDAYA TERUS MENJADI MANGSA. PERKENANKANLAH PINTA KAMI INI YA ALLAH DEMI MENJAGA KESUCIAN AGAMA ISLAM INI. AMIN..

...ijTIMAK SAUDARA BAru...


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, puji syukur aku panjatkan kepada Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, kaum kerabat serta para sahabat baginda yang dimuliakan. Salam Tahun Baru untuk semua.

Sebenarnya, sudah lama ana berhajat untuk menulis sesuatu di sini, tapi dari sehari ke sehari tertangguh, dan alhamdulillah hari ini Allah Taala bagi ana kesempatan untuk terus menulis dan berkarya demi Islam tercinta.

Alhamdulillah, semester baru telah bermula pada 28 Dec 08 yang lalu, pejam celik ana sekarang di semester 6, tahun akhir menjadi mahasiswi uum. Teringat post dari seorang sahabat blogger, "semoga kita lebih najah dan istiqomah dalam melakukan sesuatu ke arah kebaikan". Insya-Allah.


Tanggal 21 Dec ana bertolak awal dari Kemaman ke uum untuk membuat persediaan sempena PROGRAM IJTIMAK SAUDARA BARU PERINGKAT NEGERI KEDAH anjuran Kelab Perkim UUM dengan kerjasama PERKIM Kebangsaan, PERKIM Kedah, Perkim Cawangan Changlun dan Pusat Islam UUM. Alhamdulillah, program ini telah selamat berjalan dengan lancar pada 24-26 Dec 08 yang lalu.

Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk mengumpulkaan semua saudara baru dalam rangka untuk membentuk perhubungan jitu serta memantapkan lagi sinar Islam. Melalui program ini saudara-saudara baru lebih berpeluang mengenali PERKIM serta fungsinya yang sebenar di samping mewujudkan tanggungjawab mereka secara individu dan kolektif di dalam proses perlaksanaan program ini.

Lebih kurang seramai 50 peserta merangkumi muslimin dan muslimah yang menyertai program ini. Apa yang menyentuh hati ana mereka terdiri daripada pelbagai golongan termasuk muda, tua, remaja dan kanak-kanak serta pelbagai bangsa iaitu Cina, India, Siam dan Jepun.

Saat itu terdetik di hati ini... Subhanallah, betapa mulianya hati muslimin muslimah tersebut atas niat suci dan semangat mereka menyertai program sebegini untuk mendalami Islam agama yang suci. Bergembiralah yang bahawasanya Allah telah memilih kalian dengan mencampakkan cahaya hidayahNya yang indah dalam diri kalian, maka sambutlah ajakkan tersebut sesungguhnya kalian adalah golongan yang terpilih...


Sesi bergambar dengan sebahagian peserta dan AJK program



Gambar sesi perbincangan Taharah dalam kumpulan dengan bimbingan daripada para fasilitator


Bergambar kenangan bersama aunty yang mudah mesra dan penyayang..
syukran atas segala nasihat yang telah diberikan.

Gambar kenangan dengan saudara baru yang banyak berkongsi pengalaman
mereka setelah menganut agama Islam yang suci..

Antara AJK ijtimak yang disayangi..ana, ukhti julie, mie, shida, shikin, kak shima
dan suna...

Sepanjang 3 hari 2 malam program ini berlangsung, pelbagai slot telah dijalankan bagi semua peserta. Bermula dengan slot 1 iaitu sesi ta'aruf, slot 2 bacaan al-Qur'an (Halaqah), slot 3 sukaneka dan lawatan sekitar UUM, slot 4 ceramah dari JAIK, slot 5 perbincangan Taharah (group), slot 6 perbincangan solat



Slot Perbincangan Solat: Ustaz Shahril Fazli Mat Husain menerangkan cara solat yang betul mengikut keadaan dan kemampuan seseorang muslim dibantu oleh akhi Firdaus dan Jelani.



Aktiviti gotong-royong yang penuh kenangan


Aktiviti lain yang turut dijalankan adalah bergotong-royong beramai-ramai untuk memasak makanan tradisi masing-masing. Masa tu, menu yang ana paling suka semestinya tom yam Thai yang tak tertahan pedasnya. Alhamdulillah melalui aktiviti ini para peserta ijtimak kita yang baru memeluk Islam dan dari pelbagai bangsa ini akan dapat mengenali dan bermesra dengan kami yang alhamdulillah dilahirkan sebagai umat Islam.

Ana jadi teringat pada kata-kata Tok Guru melalui artikel yang ana baca... "perkara seumpama beginilah patut diperkenalkan dan dipupuk kepada mereka yang baru memeluk Islam bagi menunjukkan betapa Islam amat mementingkan silaturrahim, tolong-menolong atau taawun tanpa membeza-bezakan bangsa, warna kulit dan darjat".

Sesungguhnya kita perlu ingat bahawa Islam mengajar penganutnya supaya hormat kepada para tetamu dan kepada orang yang menuntut ilmu. Kita perlu memberi galakan kepada semua saudara kita yang baru memeluk Islam agar proses mereka untuk menuntut ilmu mencari sinar Islam tidak akan terbantut.

“Mesti ada penghormatan kepada pelajar sebab para malaikat sendiri amat hormat dan merendahkan diri apabila bertemu orang yang menuntut ilmu”

Alhamdulillah..puji syukur pada Yang Maha Esa, empunya alam semesta..program berjalan lancar. Kerjasama yang telah diberikan oleh semua AJK amat ana kagumi dan hargai ditambah dengan tunjuk ajar daripada para ustaz, ustazah dan sahabat Rakan Masjid UUM.. sesungguhnya hanya Allah Ta'ala yang dapat membalas segala-galanya. Semoga Allah menerima segala amal serta usaha yang kami lakukan dan dicatat sebagai amal kebajikan kami bagi bekalan di Akhirat sana.. insya-Allah. Semoga ikatan ukhwah kerana Allah Ta'ala ini diberkati dan dirahmatiNya.



Ya Allah, bimbinglah kami menuju kepadaMu, kuatkan ikatan ukhwah di antara kami supaya kami tahu betapa mahalnya harga ukhwah yang sebenar...AMIN























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..hiburan mendidik jiwa~

~pENYu di gANu kITe~

..::bEAuty & LoVE::..

..::bEAuty & LoVE::..