...ijTIMAK SAUDARA BAru...


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, puji syukur aku panjatkan kepada Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, kaum kerabat serta para sahabat baginda yang dimuliakan. Salam Tahun Baru untuk semua.

Sebenarnya, sudah lama ana berhajat untuk menulis sesuatu di sini, tapi dari sehari ke sehari tertangguh, dan alhamdulillah hari ini Allah Taala bagi ana kesempatan untuk terus menulis dan berkarya demi Islam tercinta.

Alhamdulillah, semester baru telah bermula pada 28 Dec 08 yang lalu, pejam celik ana sekarang di semester 6, tahun akhir menjadi mahasiswi uum. Teringat post dari seorang sahabat blogger, "semoga kita lebih najah dan istiqomah dalam melakukan sesuatu ke arah kebaikan". Insya-Allah.


Tanggal 21 Dec ana bertolak awal dari Kemaman ke uum untuk membuat persediaan sempena PROGRAM IJTIMAK SAUDARA BARU PERINGKAT NEGERI KEDAH anjuran Kelab Perkim UUM dengan kerjasama PERKIM Kebangsaan, PERKIM Kedah, Perkim Cawangan Changlun dan Pusat Islam UUM. Alhamdulillah, program ini telah selamat berjalan dengan lancar pada 24-26 Dec 08 yang lalu.

Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk mengumpulkaan semua saudara baru dalam rangka untuk membentuk perhubungan jitu serta memantapkan lagi sinar Islam. Melalui program ini saudara-saudara baru lebih berpeluang mengenali PERKIM serta fungsinya yang sebenar di samping mewujudkan tanggungjawab mereka secara individu dan kolektif di dalam proses perlaksanaan program ini.

Lebih kurang seramai 50 peserta merangkumi muslimin dan muslimah yang menyertai program ini. Apa yang menyentuh hati ana mereka terdiri daripada pelbagai golongan termasuk muda, tua, remaja dan kanak-kanak serta pelbagai bangsa iaitu Cina, India, Siam dan Jepun.

Saat itu terdetik di hati ini... Subhanallah, betapa mulianya hati muslimin muslimah tersebut atas niat suci dan semangat mereka menyertai program sebegini untuk mendalami Islam agama yang suci. Bergembiralah yang bahawasanya Allah telah memilih kalian dengan mencampakkan cahaya hidayahNya yang indah dalam diri kalian, maka sambutlah ajakkan tersebut sesungguhnya kalian adalah golongan yang terpilih...


Sesi bergambar dengan sebahagian peserta dan AJK program



Gambar sesi perbincangan Taharah dalam kumpulan dengan bimbingan daripada para fasilitator


Bergambar kenangan bersama aunty yang mudah mesra dan penyayang..
syukran atas segala nasihat yang telah diberikan.

Gambar kenangan dengan saudara baru yang banyak berkongsi pengalaman
mereka setelah menganut agama Islam yang suci..

Antara AJK ijtimak yang disayangi..ana, ukhti julie, mie, shida, shikin, kak shima
dan suna...

Sepanjang 3 hari 2 malam program ini berlangsung, pelbagai slot telah dijalankan bagi semua peserta. Bermula dengan slot 1 iaitu sesi ta'aruf, slot 2 bacaan al-Qur'an (Halaqah), slot 3 sukaneka dan lawatan sekitar UUM, slot 4 ceramah dari JAIK, slot 5 perbincangan Taharah (group), slot 6 perbincangan solat



Slot Perbincangan Solat: Ustaz Shahril Fazli Mat Husain menerangkan cara solat yang betul mengikut keadaan dan kemampuan seseorang muslim dibantu oleh akhi Firdaus dan Jelani.



Aktiviti gotong-royong yang penuh kenangan


Aktiviti lain yang turut dijalankan adalah bergotong-royong beramai-ramai untuk memasak makanan tradisi masing-masing. Masa tu, menu yang ana paling suka semestinya tom yam Thai yang tak tertahan pedasnya. Alhamdulillah melalui aktiviti ini para peserta ijtimak kita yang baru memeluk Islam dan dari pelbagai bangsa ini akan dapat mengenali dan bermesra dengan kami yang alhamdulillah dilahirkan sebagai umat Islam.

Ana jadi teringat pada kata-kata Tok Guru melalui artikel yang ana baca... "perkara seumpama beginilah patut diperkenalkan dan dipupuk kepada mereka yang baru memeluk Islam bagi menunjukkan betapa Islam amat mementingkan silaturrahim, tolong-menolong atau taawun tanpa membeza-bezakan bangsa, warna kulit dan darjat".

Sesungguhnya kita perlu ingat bahawa Islam mengajar penganutnya supaya hormat kepada para tetamu dan kepada orang yang menuntut ilmu. Kita perlu memberi galakan kepada semua saudara kita yang baru memeluk Islam agar proses mereka untuk menuntut ilmu mencari sinar Islam tidak akan terbantut.

“Mesti ada penghormatan kepada pelajar sebab para malaikat sendiri amat hormat dan merendahkan diri apabila bertemu orang yang menuntut ilmu”

Alhamdulillah..puji syukur pada Yang Maha Esa, empunya alam semesta..program berjalan lancar. Kerjasama yang telah diberikan oleh semua AJK amat ana kagumi dan hargai ditambah dengan tunjuk ajar daripada para ustaz, ustazah dan sahabat Rakan Masjid UUM.. sesungguhnya hanya Allah Ta'ala yang dapat membalas segala-galanya. Semoga Allah menerima segala amal serta usaha yang kami lakukan dan dicatat sebagai amal kebajikan kami bagi bekalan di Akhirat sana.. insya-Allah. Semoga ikatan ukhwah kerana Allah Ta'ala ini diberkati dan dirahmatiNya.



Ya Allah, bimbinglah kami menuju kepadaMu, kuatkan ikatan ukhwah di antara kami supaya kami tahu betapa mahalnya harga ukhwah yang sebenar...AMIN























No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..hiburan mendidik jiwa~

~pENYu di gANu kITe~

..::bEAuty & LoVE::..

..::bEAuty & LoVE::..