alangkah indahnya...

ALANGKAH indahnya menjadi anak yang taat dan suka berbakti kerana Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Andai hendak menggapai balasan Syurga, ketaatan itulah salah satu caranya.

Firman Allah s.w.t kepada Nabi Musa a.s: Hai Musa: Senangkanlah hati kedua orang tuamu. Sesungguhnya barang siapa menyenangkan hati orang tuanya, umurnya akan dipanjangkan dan akan dikurniakan anak yang menyenangkan hatinya pula. Barang siapa pula yang derhaka kepada orang tuanya, umurnya akan dipendekkan dan diberi anak yang derhaka kepadanya.

Hendak mencari pahala dengan mudah? Caranya juga mudah. Ada tiga perkara yang memberi kita pahala, iaitu melihat al-Qur'an, melihat kaabah dan melihat wajah ibu. Semudah itu kan?

Jika terasa rindu pada ibu (sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang ibunya masih ada.. alhamdulillah..) pergilah bertemu dengannya dan tataplah wajahnya dengan pandangan kasih kita. Biarlah ibu kata.... kau ni buang tabiat ke? Kita senyum saja.

Pada zaman Rasulullah s.a.w junjungan mulia, telah datang seorang pemuda lalu dia berkata kepada baginda: Saya ingin pergi berjihad (perang fisabilillah). Rasulullah s.a.w bertanya: Adakah kedua-dua ibu ayahmu masih hidup? Jawabnya: Ya, kedua-duanya. Sabda Rasulullah s.a.w: Melayani kedua-duanya samalah seperti jihad.

Jelaslah kepada kita, berperang itu sama besarnya seperti berbakti kepada ibu ayah. Jadi, jika ada dua pilihan seperti kisah di atas, pilihan kedua itu sama pahalanya seperti pilihan pertama. Ya..... alangkah mudahnya mencari pahala!

~Tiada suatu perkara yang paling memberatkan timbangan (kebaikan) seorang mukmin pada hari kiamat selain daripada akhlak mulia & sesungguhnya Allah amat benci kepada orang yang buruk perbuatan dan ucapannya. (Riwayat At-Tirmizi).

~Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah, malaikat & penduduk langit & bumi; hinggakan semut di dalam lubang & juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat & di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia. Riwayat At-Tirmizi~

~Redha Allah terletak pada ibu bapa
alam ini kekal kerana kasih sayang mereka berdua~



"Wahai Allah... Tuhan yang menguasai kerajaan langit dan bumi. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanMu. Aku memohon dalam kerendahan hati ini agar Kau limpahkan rahmat kasih sayangMu kepadaku serta kedua-dua ibubapaku. Ampunilah segala dosa kami, Ya Allah. Tanpa keampunanMu, semakin hinalah langkahku di atas bumi ini. Sesungguhnya alangkah indahnya jika aku menjadi hambaMu yang taat pada suruhanMu serta berbuat baik kepada kedua ibu bapaku. Bimbinglah aku menjadi anak yang solehah. Kurniakanlah kepadaku sifat dan naluri anak yang menjadi penyejuk mata di dunia dan menjadi penyelamat di akhirat. Jika tidak kerana limpahan rahmatMu, nescaya aku termasuk dalam kalangan hambaMu yang rugi.
Ku mohon setulus hati...kabulkanlah permintaanku ini, Ya Allah.
Ameen. "







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..hiburan mendidik jiwa~

~pENYu di gANu kITe~

..::bEAuty & LoVE::..

..::bEAuty & LoVE::..