is ALLAH satisfied ???

...mENCARi HIDAYAH ALLAH...


1. PERBANYAKKAN MENYEBUT ALLAH
~perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk~

Menjadi kebiasaan kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita. Kadangkala kita terlupa hakikat bahawa terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tidak ingat.

Sebaik-baiknya, basahi lidah kita dengan memuji Allah setiap masa, bukan ucapan alhamdulillah hanya apabila sudah kenyang hingga sendawa. Pujian begitu hanya di lidah sahaja. Tidak meresap hingga ke hati.



2. PERBANYAKKAN MENYEBUT AKHIRAT

~perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia~


Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. Seribu tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Seribu tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang berfikiran cetek sahaja sibuk memikirkan dunia hingga terlupa akhirat.

Manusia yang paling cerdik adalah mereka yang sibuk merancang wawasan akhiratnya. Saham Amanah Dunia tidak penting. Tetapi perkara paling penting adalah Saham Amanah Akhirat yang tidak pernah rugi dan merundum. Malah sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu, perbanyakkan menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.


3. PERBANYAKKAN MENYEBUT DAN MENGINGATI KEMATIAN
~perbanyakkan menyebut dan mengingati hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan~

Kita sering memikirkan bekalan hidup semasa tua dan bersara. Tetapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita dapat menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana.

Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Apabila tidak diusahakan kebun dunia ini, masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini, eloklah dicontohi sikap Ali bin Abu Talib. Meskipun sudah terjamin masuk Syurga, Ali masih mengeluh dengan hebat tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Bagaimana pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?


4. JANGAN MENYEBUT-NYEBUT KEBAIKAN DIRI DAN KELUARGA

Syaitan sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh ataupun membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat ataupun menyebut-nyebut kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga ataupun masyarakat amnya. Satu kebaikan yang dibuat, kita sebut-sebut selalu seperti resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung. Kita terlupa, dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita sudah menimbulkan penyakit hati iaitu ujub.

Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam, boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi apabila menimbulkan riyak atau bangga diri. Allah sudah memberi amaran kepada sesiapa yang memakai sifatnya iaitu riyak tidak akan mencium bau Syurga. Riyak adalah salah satu unsur syirik (khafi).

Oleh itu, eloklah kita berhati-hati supaya terhindar diri daripada mengingati kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang daripada Allah. Allah yang menyuruh kita berbuat baik. Jadi, kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepada Allah yang mengurniakan kebaikan itu.


5. JANGAN SEBUT-SEBUT KEAIBAN ORANG

Jangan sebut-sebut dan nampakkan keaiban ataupun keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri sendiri. Bak kata orang tua-tua, 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'.

Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Sebenarnya, menuding jari mengatakan orang lain tidak betul memberikan isyarat bahawa diri kita tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke arah orang itu tetapi empat jari lagi menuding ke arah kita. Bermakna, bukan orang itu yang buruk malah diri kita yang lebih buruk daripadanya.

Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita, bukan keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia. Lihatlah kebaikan yang ada pada diri orang lain, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, libat kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat daripada bisikan syaitan yang sentiasa mengatur perangkap bagi menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

My dear brother and sister
It’s time to change inside
Open your eyes
Don’t throw away what’s right aside
Before the day comes
When there’s nowhere to run and hide
Now ask yourself ’cause Allah’s watching you

Is He satisfied?
Is
Allah satisfied?

..Lantunan DOA...


Wahai Allahku dengan keghaiban ilmuMu
dengan KekuasaanMu atas segenap ciptaanMu
hidupkanlah diriku dengan kehidupan yang baik menurutMu
dan matikanlah diriku dengan kematian yang baik menurutmu.

Wahai Allahku,
kurniakan kepadaku rasa rasa takut kepadaMu
baik dalam keadaan samar mahupun terang
Aku memohon kepadaMu perkataan yang benar dan lurus
di saat marah dan reda
Aku mohon kepadaMu, kewujudan tujuan
di saat miskin dan kaya
Aku mohon kepadaMu anugerah nikmat yang tiada pernah habis
Aku pinta kepadaMu permata hati yang tidak terputus
Aku mohon kepadaMu perasaan rela menerima ketentuan takdirMu
serta kedinginan (kedamaian) hidup selepas kematian
Aku mohon kepadaMu supaya mampu melihat wajahMu yang Mulia,
serta kerinduan untuk bertemu denganMu
tanpa ada yang menghalangi diriku
Aku mohon kepadaMu agar tidak ada hujaman fitnah yang memayungi hidupku

Wahai Allahku,
rahmatilah diriku dengan kebaikan iman
hiasilah diriku dengannya.

Wahai Allahku,
berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Kau beri petunjuk.

Ameen Ya Rabb..


[ Ammar Ibn Yasir: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW melantunkan doa ini]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..hiburan mendidik jiwa~

~pENYu di gANu kITe~

..::bEAuty & LoVE::..

..::bEAuty & LoVE::..