..taUTAN UKHWAH MENJANA ASPIRAsi..

..ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah, ptg smlm ana dh selesai jwb satu paper untuk final exam sem ni.. paper Negotiation Comm.. alhamdulillah, dpt jwb even mase 2 tgn jadi kejang skjap, dewan pekse trlalu sejuk, ana dah buat yg terbaik..moga Allah Ta'ala membukakan hati Puan Lina agar brmurah hati bagi markah yg baik untuk ana.. Antara paper yg jadi favourite ana sem ni, byk ilmu yg ana dpt...moga ilmu itu sume brkekalan dan dirahmati Illahi, bukan time exam aje..nawaitu belajar utk ilmu, bukan belajar utk exam jer..(ingat pesan dari cik sya..)

Next paper pulak 18, 19, 20, 22 & 26/11.. Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusanku.. InsyaAllah, utk entri kali ni, ana nak kongsi cite program TUMA yg ana sertai 2 minggu yg lepas..arini baru brkesempatan utk mencoret..

'TUMA' stand for Tautan Ukhwah Menjana Aspirasi..satu program under PERKIM UUM yg diadakan setiap sem. alhamdulillah, sem ni ana brkesempatan utk involve dlm program ini..byk aktiviti yg brmanfaat telah dijalankan..junior2 sem 1,2,3 dialu-alukan utk program ini..

Program start dgn pndaftaran sterusnya, solat zohor secara brjemaah..sebelah petang adakan sesi Ta'aruf dan LDK 1.. peserta dilatih cara communicate yg brhikmah dan brkesan..tujuan utama untuk latih kepimpinan dlm diri peserta di samping untuk detect pelapis baru yg akan menggantikan MT perkim yg lama..sebelah malam pula, solat maghrib berjemaah, tazkirah maghrib, bacaan yassin dan solat isyak berjemaah...slot mlm diteruskan dngan ceramah agama dan sesi presentation dari kumpuln yg seterusnya..Pukul 4.15 pula, kami ber'qiamullail'..continue dgn tazkirah subuh..


..antara perserta muslimah..masa riadah..


..peserta muslimin masa slot merentas halangan..ikut trek PLKN..


..makan brjemaah dlm talam, ah lame xmkn macam ni..

..antara fasi2 muslimah untuk TUMA..


..antara fasi2 muslimin..akhi sufian yg dapat handle LDK dgn baik dengan penyerapan nilai Islamik yg cukup berkesan, akhi lukman (Pengarah Projek) n akhi tarmizi..




Program berakhir pada jam 6.30 pm, majlis ditutup dengan bacaan tasbih kifarah dan surah al-Asr. semua dijemput menjamu selera sempena jamuan Hari Raya. selepas solat maghrib berjemaah, peserta secara beransur-ansur dihantar ke kolej kediaman masing2.

Secara keseluruhannya, alhamdulillah program dpt brjalan dgn lancar. Byk perkongsian idea, sedar x sedar ana dpt belajar byk prkara baru dari sahabat2 yg baru. Tautan Ukhwah semakin utuh...Semoga program sebegini akan dapat diteruskan untuk masa2 yg akan datang dengan pengisian program yg lbih baik dan bermanfaat..terasa masa berlalu dengan pantas, moga Allah Ta'ala merahmati dan memberkati program kami ini..semoga dakwah yg disampaikan akan dapat mendorong hati kami semua untuk tingkatkan amal ibadat kami pd Yang Maha Esa..
Di kesempatan ini, ana ingin memohon kemaafan darisemua sahabat2 TUMA, jika ada salah silap sblm, semasa dan selepas program TUMA dijalankan. AFWAN..

Syukran jazilan juga buat semua yg trlibat dlm TUMA, sesungguhnya, jasa sahabat semua hanya Allah Taala yg dpt membalasnya.. semoga Allah Ta'ala memberkati dan merahmati usaha dakwah kita..gud luck untuk final exam.. Sama2 MEMBANGUN BERSAMA ISLAM..





...zON STREss..???

alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi krn memberi peluang pdku untuk menikmati nikmat hidup kurnianNya..

Lame benor ana biarkan blog ini tanpa sebarang 'update' n 'touch up'...disebabkan byk perkara yg perlu di'setle'kan..syukran pd sahabat2 yg amik berat, tanya ttg post baru..insyaAllah.. coming soon ada citer yg ana nk kongsikan..

Beberapa minggu ni, jadual ana amat padat, sibuk ngan asigment yg nk kena submit, discussion... plus tugas ana sbg s/u untuk 'seminar kebangsaan pelajar2 komunikasi 2008 (NASSACOMM 08')..ni first time jadi S/U utk program di UUM..time sekolah dulu dah biasa, tp byk beza ngan projek di U..syukran pd mak ayah, adik beradik yg slalu bg support, sume lecturer, sahabat2 yg byk bagi tunjuk ajar pada ana yg sikit lembab wat keje..huhu, selalu kena marah kat pengarah projek n lecturer..tapi itu sume ana jadikan pengalaman buat hari mendatang....moga Allah terima segala usaha ikhlas ana...AMIN..

Alhamdulillah seminar da setle 22 oktober aritu, report pun da submit...claim duit pruntukan, insyaAllah akan dapat dlm mase trdekat ni.. satu lagi Program under PERKIM, 'Tautan Ukhuwah Menjana Aspirasi (TUMA)' pun da slmt berjalan dgn lancar.. jadi Biro Tugas2 Khas, ana amat berpuas hati dgn ke'involve'an ana utk program trsbut..alhamdulillah..dapat ramai pulak sahabat2 baru yg byk beri ana keinsafan dan motivasi utk jadi muslimah yg lebih baik...
syukran utk ukhti mie, julie, suna, syikin, kak niah, dalila, risma, sumaiyyah, akhi sufian, luqman, tarmizi, hanif, jelani dan ramai lagi yg x trsebut ni...ana amat brsyukur krn dpt kenal ngan kalian..

skrg...mase utk tumpu pd final exam..ana start 7 nov-26 nov...huhu, tiap2 sem blk lewat..moga2 ana x stress mcm slalu..x sanggup hadapi zon stress 2...
moga Allah beri ana kekuatan, semangat untuk study n jwb exam ngan baik...insyaAllah..moga Allah mempermudahkan segala urusan ana..

untuk post yg akan dtg, insyaAllah ana akan cite ttg TUMA, skrg x sempat, library da nk tutup, mase brlalu dgn cpt...moga Allah merahmati dan memberkati hidup kita semua...amin..

alhamdulillah..sYUKRAn pada semua

alhamdulillah...akhirnya, tanggal 15Sept2008, ana telah lulus lesen memandu..masa nak test, hanya Allah Taala saja yg Maha Mengetahui betapa kencang jantung ni berdegup, teringat pula, bfore pegi test, ana ada dgr alunan 'selawat menanam semangat hati' sgt mendamaikan oleh NowSeeHeart..jadi, bibir ni x henti2 alunkan selawat trsbt..time 2, ana bykkan doa agar Allah tenteramkan hati, dpt fokus dgn baik masa drive n then x kelam kabut....sebab ana memang jenis yg x confident...alhamdulillah Allah kurniakan ketenangan pada ana...



Xtually, ni adalah kali ke-4 ana amik test jpj ni...huhu, lps 3 kali kandas ana memang rasa putus asa sgt..ana memang dh lakukan yg terbaik, tp xde rezeki lagi untuk lulus..duit pulak dh byk abis sbb byk sgt kena byr...skrg ni tgh pokai...namun, alhamdulillah, Allah bukakan hati ana agar x cpt putus asa. Teringat pula sms dari ukhti aishah, adik angkat yg dh lame x jupe.. "jika doamu dimakbulkan, tanda Allah menyayangimu, jika doamu lambat dimakbulkan, tanda Allah ingin mengujimu, jika doamu tidak dimakbulkan tanda Allah merancang yang terbaik untukmu".. ia jadi pendorong semangat pada ana.. ana yakin sume yg berlaku ada hikmah di sebaliknya..


hari sabtu, 2 hari bfore jpj test ni, ana tlh minta jasa baik sorang sahabat yg sgt memahami dan sgt disayangi...ukhti yani..ari tu sewa kete 4 jam, mintak tolong yani ajar cara memandu yg lbih cekap...syukran sifu atas kesabaran, kesungguhan dan segala tunjuk ajar yg x henti2...ana sgt appreciate jasa ukhti..barokallahu fiq ukhti..lebih kurang 2 jam drive sekitar uum, bagi tambah ke'confident'nan mase ari test, 2 jam agi, beranikan diri drive p changlun...alhamdulillah, xde perkara buruk berlaku..

today, alhamdulillah ana dah lulus after byk cubaan yg ditempuhi..syukran atas segala dorongan drpd mak ayah, adik-beradik specially kak yana n abg long yg sntiasa bg semangat..afwan ye, masa nk test x informkan terlebih dahulu sbb ana takut x lulus lagi...dah malu n rasa bersalah sgt..syukran jazilan juga buat semua rakan2 specially ukhti yani..jasamu dkenang, rumate2 (sah, linda n shida) yg x henti2 bg support, ukhti ana yg kenal masa test kali ke-2, dan buat sume sahabat yg mendoakan ana serta sntiasa bg kata2 semangat... alhamdulillah Ya Allah kerana kurniakan sahabat yg memahami diriku..



ni gambar kete sewa yg jadi mangsa ana n yani aritu...huhu...kete yg byk berjasa..
YA ALLAH AKU POHON PADAMU, ENGKAU KURNIAKANLAH AKU KESELAMATAN DI DUNIA DAN AKHIRAT SEMOGA AKU SENTIASA DI BAWAH LINDUNGAN DAN RAHMAT DARI MU...amin
semoga aku akan menjadi hambaMu yg bersyukur...

...jaDUAL HARIAN SEORANG MUSLim...


IHYA’ RAMADHAN

….JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM SEPANJANG RAMADHAN…

4.00 PAGI:
1. Berdoalah “Segala puji bagi Allah yg telah menghidupkan aku setelah Dia mematikan aku dan kepadaNyalah aku akan dikembalikan”.
2. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3. Mandi dan membersihkan diri.
4. Mengambil wuduk dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 PAGI:
1. Solat sunat Taubat. Niatnya: Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Ta’ala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun.
2. Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Slps sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada Allah SWT. Menangislah menyesali dosa-dosa.
3. Solat sunat Tahajjud. Niatnya: Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat krn Allah Ta’ala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada Allah SWT.
4. Solat sunat Hajat. Niatnya: Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Ta’ala. Rakaat pertama baca ayatul- Kursi 1 kali selepas Al-Fatihah. Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir, baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat2 kita. Salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
5. Solat sunat Witir. Niatnya: Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana Allah Ta’ala. Perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT dengan penuh kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar Allah SWT ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 PAGI:
1. Makan sahur.
2. Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 PAGI:
1. Bersiap menunggu waktu Subuh dgn membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
2. Elakkan tidur selepas Subuh kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

7.00 PAGI: (ikut kesesuaian)
1. Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
2. Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada Allah SWT agar semua aktiviti kita diberkatiNya. Sentiasa berselawat kpd Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di dalam hati.
3. Banyakkan istighfar / meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh tanggungjawab. Datangkan rasa bahawa Allah SWT sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah Dia akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 PAGI: (ikut taqwim semasa)
1. Sembahyang sunat Dhuha. Ia adalah sumber rezeki yang berkat jika istiqamah diamalkan. Niatnya: Sahaja aku sembahyang solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.
2. Penuhi masa rehat tengahari dgn menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia2. Contoh dosa2: mengumpat, mengutuk, menyindir yang menyakitkan hati orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yg tiada sangkut paut dgn kerja.

1.o0 PETANG:
1. Bersiap untuk solat Zohor.
2. Menunggu waktu sembahyang dgn berselawat dan menunaikan solat Zohor berjemaah.
3. Laksanakan juga solat sunat Rawatib. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada Allah yg memberi kita nikmat besar dapat beribadah kepadaNya.

4.15 PETANG:
1. Bersedia untuk solat Asar.
2. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada Allah yg memberi kita nikmat besar dapat beribadah kepadaNya.

5.30 PETANG:
1. Membeli barang2 keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!
2. Memperbanyakkan doa sblm berbuka kerana di waktu itu adalah masa yg mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW: “Ramai orang yg berpuasa, yg mereka dapat hanya lapar dan dahaga”, merintihlah kepada Allah agar amalan kita diterima.
3. Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka: “Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dgn rezeki Engkaulah aku berbuka”.
4. Berbuka puasa dgn makanan yg manis seperti buah kurma, dan jangan makan terlalu banyak.
5. Seeloknya setelah makan kurma dan minum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah. Setelah itu, barulah makan makanan yg berat. Dlm hal ini, ikutlah kaedah yg telah diajar oleh Rasulullah SAW: Makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang!.

8.30 MALAM: (ikut taqwim semasa)
1. Solat Isyak berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih.
2. Cuba pertahankan solat Tarawih w/bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yg lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang Ramadhan. Kebanyakan imam2 besar mengkhatamkan Al-Quran 2 kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).

11.00 MALAM:
1. Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2. Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat: “Sahaja aku berpuasa hari esok, untuk menunaikan Puasa Ramadhan yg wajib ke atasku, tahun ini kerana Allah Ta’ala”.
3. Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4. Bacalah doa tidur. Ertinya: “Dengan namaMu Ya Allah, aku hidup dan mati”. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil Allah ketika tidur.


Buat antum sume, semoga Ramadhan kali ini memberi seribu rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa..semoga kita sama2 dpt tingkatkan amal ibadat kita di bulan yang mulia ini..beribadatlah kita umpama Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yg terakhir buat kita. Semoga Allah Taala pelihara kesihatan kita sume agar dpt beribadat dgn penuh khusyuk dan tawadduk padaNya..
Ya Allah aku pohon padaMu moga Engkau merahmati niat suci hambaMu insan yg kerdil ini..moga Engkau pnjgkan umurku, ibu bapaku, saudara maraku, guru2ku serta sahabat2ku agar kami sume dpt beribadat pdMu dan dpt bertemu dan menikmati lagi keberkatan bulan yang penuh kemulian ini Ya Allah...
Aku memohon padaMu agar merahmati hidupku dunia dan akhirat, moga aku akan mendapat keampunan drMu atas segala dosa yg pernah aku lakukan serta jauhkanlah aku daripada azab api neraka...Ya Allah.
AMIN...

...MARHABAN YA RAMADHAN...



Bahang Ramadhan kian terasa
Saat Sya’ban menampil diri
Dan tanpa sedar berlari
Meninggalkan kita
Merentas hari dan waktu
Tanpa perlu kita menghitung
Dalam kiraan panjang kehidupan
Ramadhan bakal datang
Menjengah diri dalam
Rekahan nafsu insan
Yang bergelodak sepanjang musim
Dalam diam meriak kesedaran
Buat mukmin yang patuh pada
Yang Maha Khaliq
Ramadhan datang lagi
Untuk mengulangi tuntutan hakiki
Sambil berputar fikiran ini
Bertanya pada diri
Apakah Ramadhan kali ini
Sama seperti akhir kali
Yang banyak dibiarkan berlalu
Tanpa diisi dengan iqra’ dan zikir
Tanpa tasbih dan takbir...
Syukur pada Ilahi kerana Ramadhan
Masih sempat ditempuhi…
Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik
Daripada Ramadhan yang telah lalu…
AMIN…

BISNES PLAN E-RELOAD A STAR

A STAR


KEPERLUAN ASAS UNTUK BISNES?
1. HANDPHONE
2. TAHU BERSMS
3. MODAL MULA

BILA BOLEH MULA BISNES?
sebaik sahaja NOMBOR HANDPHONE anda didaftarkan,
anda akan menerima ID atau username berserta dengan 6 digit nombor PIN.
anda terus boleh memulakan bisnes SERTA-MERTA.


KOS / MODAL
RM 150 UNTUK PENDAFTARAN
RM ???? (MODAL UNTUK BISNES)

APA KELEBIHAN MENJUAL RELOAD ?
· barang KEPERLUAN kepada semua pengguna handphone prepaid, merupakan produk MESTI BELI saudara-mara, keluarga, kawan2.
· sekali tahu, pelanggan akan mencari anda. senang jual dan TAK PERLU MENJAJA.
· tiada had penajaan.
· bisnes 24 JAM dimana-mana sahaja
· khidmat masyarakat, jual reload waktu kecemasan
seperti waktu malam, kedai tutup.

· syarikat KUKUH dan STABIL.
· xperlu perwatakan yang menarik, xperlu tali leher,
kereta mewah, petah bercakap.

· berpeluang menjadi JUTAWAN
· boleh menjual MAXIS dan CELCOM, DIGI serentak.


FIKIR-FIKIRKANLAH
anda telah TOPUP bertahun-tahun
tetapi tidak pernah dapat untung.


adakah anda ingin hidup begitu dengan cara hidup lama anda?
rezeki takkan datang bergolek TANPA USAHA !!! TUKAR GAYA HIDUP ANDA SEKARANG jika orang lain boleh dapat bonus (penjimatan) bila membeli topup?
anda pun boleh JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK.

barangan yang anda beli sebenarnya boleh menjana income yang lumayan!! setiap minggu anda topup RM10. sebulan dah RM40.setahun?? sehinggakan perbelanjaan topup berkali ganda MELEBIHI harga handphone anda. pernahkah anda terfikir, berapa tokey kedai untung bila anda beli dengan mereka? So, kenapa nak bagi tokey kedai yang untung sedangkan sepatutnya kita yang dapat untung? RELOAD satu keperluan, jadilah pengguna yang bijak!! jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut sistem RPI ini sila view profile saya

MEMBERI SOLUSI YANG TERBAIK UNTUK KEBEBASAN KEWANGAN
JADIKAN TELEFON BIMBIT ANDA SEBAGAI MESIN MENJANA WANG


:: anda mahukan INI ::

• RM163,000-00 dalam 3 bulan
• pendapatan pasif bulanan RM4,000-00
• keseluruhan pendapatan pasif harian untuk 1 bulan : RM20,000-00
• tahun ke-2 dan seterusnya

MULAKANLAH MEMBINA EMPAYAR BISNES
anda dengan RPI
MULAI HARI INI


CARA-CARANYA

anda lakukan pra-pendaftaran ANDA REGISTER BORANG DULU. SILA ISI DENGAN BETUL DAN SELENGKAPNYA. SELEPAS ITU, SAYA AKAN CUBA MENGHUBUNGI ANDA UNTUK SESI PENERANGAN DAN BEBERAPA KEISTIMEWAAN LAGI SAYA SEDIAKAN KEPADA ANDA SEBAGAI TANDA SAYA HARGAI ANDA

Introducer ID saya : AW224115

...SAMPAIKANLAH PADANYA...

"Tolong sampaikan pada si dia!

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...


hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan tetapi akal menyuruh menimbang. -HAMKA-

...RENUNGKANLAH....

Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika ia sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur.Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung, di layar perak, di kaca tv begitu cantik dan gemerlapan pun boleh jadi akan kelihatan sederhana dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut- rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat diwajahnya. Orang inilah yang setiaphari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu : Ayah, Ibu, Suami,Isteri, Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.

Pengorbanan yang kadang tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selau sahaja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur..rasai betapa anda tlh mensia2 n mrk...seperti aku juga....afwan buat hati2 yg prnah ku lukai..

...AKU DI USIA 22 THN..(1986-2008)

Alhamdulillah, dgn rahmat & limpah kurniaMu Tuhanku Yang Maha Agung, hari ini 10 Julai 2008, genap sudah 22 tahun usiaku. Maka genap sudah 22 tahun aku hidup di duniaMu Ya Allah..Engkau berkatilah dan rahmatilah perjalanan hidupku Ya Allah...Hamba memohon padaMu agar dipanjangkan usiaku agar dptku meneruskan perjalanan hidup ini untuk terus mencari keredhaanMu serta merasai nikmat kurniaanMu Ya Allah. Engkau ampunkanlah segala dosa & kesalahnku samaada yg aku lakukan dlm keadaan sedar ataupun x sedar.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...Engkaulah Yang Maha Mengasihi...berkatilah umur & usiaku, berkatilah segala ilmu yang telah dan akan Engkau kurniakan pdku, berkatilah rezeki keluargaku,berkatilah segala usahaku untuk menuju ke jalan yang diredhaiMu, agar aku akan tergolong di kalangan hambaMu yang sentiasa beiman dan beramal soleh dan tergolong di kalangan ahli SyurgaMu ya Allah...

Ya Allah Ya Rabbal Alamin...Engkau permudahkanlah segala urusanku baik urusan dunia mahupun urusan ke arah akhiratku, dorongkanlah hatiku ini utk setiasa beriman & bertaqwa hanya pdMu Tuhan Yang Maha Agung, Engkau kurniakanlah aku kebahagiaan, keselamatan dan kejayaan dunia akhirat..

Ya Allah, kurniakanlah aku masa depan yang cerah dan penuh keberkatanMu, moga aku akan menjadi anak yang solehah, panjangkanlah usiaku, aku pohon padaMu agar aku akan mencintai hamba yang sentiasa mencintaiMu dan semoga dgn mencintainya akan meningkatkan lagi kecintaanku kpdMu Ya Allah..ku mohon Engkau kurniakanlah aku jodoh dgn org yang soleh.. sesungguhnya hanya pdMu tempat aku memohon pertolongan..

Buat mak dan ayah yg kusayangi dan dihormati...sesungguhnya kasih sayang dan segala pengorbanan mak dan ayah hanya Allah Taala yg mampu membalasnya.. Ampunkanlah segala kesilapan yg pernah anakanda lakukan...semoga mak dan ayah akan sentiasa mendoakan kesejahteraan, kejayaan dan kebahagiaan anakanda untuk terus menjadi muslimah yang cemerlang dunia akhirat dan agar anakanda dapat meneruskan perjalanan di alam fana ini dgn limpah rahmat Yang Maha Esa.

Terima kasih juga kpd semua guru2 yg pernah mendidikku, buat semua adik beradik yang tersayang...kak da sayang kamu semua, buat semua sahabat handai dan semua insan yang mengenali diri ini, insan yang kerdil...

...SYUKRAN...

...sampai juga waktu itu....

alhamdulillah....selesai sudah final exam utk sem 4 ni tpt jam 5.00ptg smlm..moga2 ana dpt naikkan pointer utk sem ni & akan dtg..Moga dpt result bagus, ana dh berusaha & semoga Allah Taala memberkati dan merahmati usaha ana selama ini...AMIN..berkat doa mak dan ayah, InsyaAllah.

Ptg ni plak kol 6.30 bertolak blk kg...Ya Allah, x sbr rasenye nk jpe mak,ayah n family lps hampir 3 bln x blk...seingat ana sem ni, hanya sekali jer blk kg...alhamdulillah kerana Allah Taala bg ana kekuatan lawan perasaan nk blk kg sokmo 2...insyaAllah spjg cuti ni, ana nk manfaatkn masa yg ada sebaik2nya wif family...ana dah janji ngan mak n ayah utk jd 'teacher' buat adik2 di rumah..insyaAllah mak, janji ni akan ditepati...x kan malas2 mcm slalu lagi...ana nk ber'hijrah' dr sifat2 buruk ana selama ini jd insan yg lebih baik...Semoga Allah bg kesempatan & kekuatan kpd diri ini, insan yg amat kerdil...

Ya Allah, aku pohon padaMu, semoga perjalanan pulangku selamat dan semoga aku akan sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu Ya Allah...Sesungguhnya hanya padaMu tempat aku memohon pertolongan...Engkau golongkan aku di kalangan hambaMu yang sentiasa beriman dan beamal soleh.AMIN

....AYAT-AYAT CINTA....

Assalamualaikum w.b.t…
Salam ukhwah fillah buat akhi sekalian, beberapa hari lepas ana baru sahaja ‘khatam’ novel ‘AYAT-AYAT CINTA’ karya Habiburrahman El Shirazy (Kang Abik) yang merupakan seorang penulis novel2 Islamik yang juga seorang penulis muda dari Indonesia. Beliau merupakan novelis yang berkelulusan Sarjana Al-Azhar University Cairo.

Walaupun ana mempunyai kekangan masa yang amat terbatas, tetapi tak rugi rasanya ana dapat dan berpeluang untuk menghabiskan novel (Pembangun Jiwa) ini. Mana taknya, di waktu final exam yang hampir menjelang ni, sempat juga ana curi masa study utk bace novel ni.. tapi, bagi ana dgn membaca novel ini ana dpt membaiki cara hidup sekaligus dapat menginsafkan diri ana yg terlalu kerdil ini. Dakwah yang diterapkan melalui novel ini sangat bermakna dan mampu menyedarkan diri ana.

Ana rasakan novel ini memberikan pendekatan dan penghayatan yang cukup bermakna kepada insan yang ingin mengenal lebih tentang erti sebuah kehidupan. Ternyata novel ini bukanlah novel yang tiada input yang berguna, malah ianya memberi pengajaran buat sesiapa saja yang membacanya.

Ayat-ayat Cinta mengisahkan pelbagai kisah kehidupan Fahri, seorang pelajar University Al-Azhar, Mesir yang mampu menggambarkan dan mengajar kita erti dan cara hidup seorang hamba Allah yang sentiasa taat akan segala suruhan Allah Taala even terlalu byk dugaan hidup yg beliau hadapi.

Sebenarnya, novel ini tlh lama diterbitkan dan ana yakin ramai juga akhi yg telah membaca novel ini.. Ana amat tertarik dgn novel ini, dgn membaca novel ini seperti membuka cermin cakerawala yg terbuka.. alhamdulillah krn masih ada insan yg mampu menghasilkan novel yg langsung tdk menerapkan unsur2 maksiat dan sesungguhnya ana rasa amat bertuah krn terbuka hati utk bace novel ini.. mana taknya, ana bukanlah ’hantu novel’ dan syukran kpd ukhti kak Raimy krn memperkenalkan novel ini kpd ana.

Ayat-ayat Cinta ditulis dgn nukilan yg begitu teliti, menyentuh hati, mendalam, hidup, bebas & berinteraksi dlm kehidpan sehari-hari lalu menyerap roh & pengetahuan darinya then ditunjangkan dgn sepenuh hati serta begitu dewasa. Kang Abik telah menggunakan beberapa buah kitab yang tersohor sbg rujukan bagi memastikan tulisan beliau begitu hidup. Dgn membaca novel ini, ana rasakan spt turut mengenali Fahri, Aisha dan semua watak2 dlm novel ini. Ana juga turut merasa spt menjadi mahasiswi di Al-Azhar dan menetap di Mesir sendiri.

Terdapat bahagian yg begitu indah dlm novel ini. Beberapa kali ana menitiskan air mata dgn keindahan budi pekerti akhi Fahri... di saat mimpi Fahri bertemu Ibnu Mas’ud begitu menyentuh hati ana dan mengingatkan ana pd kerinduan jiwa yg kotor ini terhdp kekasih ana dan semua umat Islam, Al-Muallim (Muhammad s.a.w.)... bahagian ini amat terkesan dlm diri ana. Begitu menginsafkan dan menyedarkan ana bahawa Allah Taala itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saat ketaatan serta kasih syg yg ditonjolkan Aisha as isteri solehah terhadap suaminya Fahri turut menyentuh hati...sekali lagi ana menitiskan air mata apabila Aisha sanggup membenarkan Fahri menikahi Maria, dan sesungguhnya sungguh mulia pengorbanan yg dilakukan oleh Aisha.

Melalui novel ini juga, ana rasakan ingin menjadi spt Aisha dan ingin pasangan hidup seperti Fahri.. mereka berkahwin krn Allah Taala dgn melalui Ta’aruf yg berlandaskan Islam tanpa sesekali melanggar batas2 agama.. perkenalan & perhubungan sebeginilah yg patut diteladani oleh umat Islam skrg especially ana dan akhi remaja semua... sesungguhnya Indahnya Cinta Kerana Allah Taala dan sesungguhnya, ana rasakan novel ini as media dakwah yg cukup bermakna & terkesan..

Akhir kalam, ana sarankan kepada antum semua yg belum membaca novel ini, bolehlah cuba membacanya. InsyaAllah, tak rugi ana rasa jika ambil sedikit masa membaca novel Islamik yang penuh dgn ilmu dan keindahan Islam dan diterapkan dakwah2 yang bermakna. Apalah salahnya jika kita sempat membaca novel cintan-cintun yg for sure sarat dgn perkara yg melalaikan dan 'lagha’ tapi novel Islamik sebegini tdk dibaca...

Sesungguhnya, ilmu itu ada di mana2 & yang pastinya hanya kita yg memainkan peranan masing2.. sesungguhnya juga dgn ilmu, kita mampu menambahkan ketaqwaan kita kpd Yang Esa melalui niat yang ikhlas krnNya...

Wa man yattaqillaha yaj’al lahu makhraja! (Dan barangsiapa yg bertaqwa kepada Allah, maka Dia akan menjadikan untuknya jalan keluar)
Ilal liqaq wa maassalamah, syukran...

LELAKI ACUAN AL-QUR'AN

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman,

Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT,
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya,
Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan,
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat,

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya,
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW,
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya,

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa,
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir,
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan,
Kerana Sehari Lagi... ..
Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Mengingati Mati,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah,
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Impiannya,
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Aku memohon pdMu Ya Allah,
Engkau terimalah segala amalku, doaku, taubatku
Ku pohon pdMu semoga aku akan tergolong
dalam golongan hambaMu yang soleh...
Ku pohon pdMu Ya Allah
semoga Engkau merahmati hidup aku sekeluarga
Semoga kami semua tergolong di kalangan
wanita dan lelaki acuan al-Qur'an..
Amin...Amin...Amin...
Ya Robbal Alamin...

...kepada akhi wa ukhti sekelian, sama2 lah kita berdoa agar kita semua tergolong di kalangan hambaNya yang soleh. Ana juga ingin mengingatkan diri ana serta antum sekalian agar kita sama2 dapat mempertingkatkan amal dan ibadat kita kerana Allah Taala..... Mudah-mudahan segala amal kita diterima dan dirahmati Yang Esa....

Wallahu A'lam


LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah,
Agung cintanya pada Allah & Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jln fisabilillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah & senang rela bersama..

Dapatkah kudidik jiwa spt Siti Aisyah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong kesusahan & penderitaan,
Tiada sukar utk dilaksanakan..

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dlm setiap perintah,
Taat dgn ibunyanya,
Yang sentiasa berjuang.
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah dia sbg wanita penghuni syurga..

Ketika aku marah inginku intip serpihan sabar,
Dari catatan hidup Siti Sarah,
Yang rela berkorban utk suami tercinta..
Tabah jiwaSetabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Diterik padang pasir merak,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar... .

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Mashitah

...BERSEDERHANALAH...

Sederhana bermaksud tidak lebih dan tidak kurang.
Dalam erti kata lain, mengambil jalan tengah dalam
melakukan apa sahaja agar tidak melampau tetapi tidak pula
terlalu kurang sehingga menjejaskan sesuatu.
Sederhana juga dituntut agama dan dianjurkan pada
semua penganut Islam.

Allah berfirman dalam Surah Luqman: 19 yang bermaksud,
“Dan sederhanakanlah langkahmu ketika berjalan, juga rendahkanlah
suaramu (ketika berkata-berkata), sesungguhnya seburuk-buruk suara itu
adalah suara keldai.”


Sederhana bukan sekadar dalam tingkah laku tetapi juga dalam
beribadat. Demikianlah tolerannya Islam, hatta dalam melakukan
ibadat, juga perhubungan sesama manusia, penganutnya dituntut
untuk tidak terlebih dan tidak terkurang.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang diriwayatkan Ibnu Majah, daripada Abi
Abbas Sahli bin Saad As-Saidi, beliau berkata, seorang lelaki datang
bertemu Rasulullah dan mengajukan soalan,
“Wahai Rasulullah. Tunjukkan padaku suatu amalan, sekiranya aku
kerjakannya, aku akan dicintai Allah dan juga dicintai manusia?
maka Rasulullah berkata, sederhanalah kamu dalam hal keduniaan,
pasti Allah akan mencintaimu. Dan sederhanalah juga kamu dalam
urusan yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mencintaimu.”


Bersederhanalah, insya-Allah kita akan menjadi
manusia yang lebih sempurna!

PELUANG BERBUAT KEBAIKAN

Allah berfirman yang bermaksud,
“…Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah
mnyukai (mencintai) orang yang berbuat baik.” (al-Baqarah:195)

Jelas bahawa Allah memang mengasihi orang yang melakukan
kebaikan. Orang yang baik bererti baik akhlak dan tingkah lakunya.
Dia akan melakukan yang baik-baik saja. Ini kerana dia sedar hidup ini
adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan. Dengan kebaikan itu, maka
turunlah rahmat Allah. Sebaliknya Allah membenci orang yang berperi laku
jahat dan berakhlak buruk. Kederhakaan manusia menyebabkan turunnya kemurkaan
dan bala daripada Allah SWT.

Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman yang bermaksud:
Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu:
Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta orang miskin yang pemurah. Aku cintakan orang yang rendah hati dan diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati. Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi aku lebih cinta orang muda yang bertaubat.

Sesungguhnya, peluang berbuat kebaikan memang banyak, tidak terhad kepada orang kaya sahaja. Malah orang yang miskin dan kurang berada juga berpeluang untuk melakukan kebaikan. Allah sememangnya tidak memandang pada darjat dan kedudukan.
Oleh itu, wahai akhi & ukhti sekalian, sama2lah kita semua mengambil peluang yg sentiasa ada dan dikurniakan oleh Allah SWT kpd kita semua untuk berbuat kebaikan..
Namun, apa yang paling penting, setiap perkara da amalan baik yg kita lakukan haruslah dgn nawaitu yg baik iaitu ikhlas semata-mata krn Allah Taala. Semoga kita semua beroleh rahmat dan keampunan dari Yang Maha Kuasa.
InsyaAllah...AMIN

Salam Maulidur Rasul, 1429H

Ya Rasulullah
Semenjak engkau telah tiada
Dunia ini telah banyak berubah
Ajaranmu sering dilupakan manusia
Kami amat merindui kehadiranmu
Ya Rasulullah....

Assalamualaikum w.b.t...
Salam Maulidur Rasul ana ucapkan kpd muslimin & muslimat semua.
Alhamdulillah, tahun ini kita dgn izin Allah berpeluang menyambut Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Awal 1429H brsamaan 20 March 2008...
Alhamdulillah juga krn kita semua dipnjangkan umur & sama2 dpt menyambut & memperingati kelahiran junjungan mulia Rasulullah s.a.w.

Sebenarnya, upacara menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w. ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah kewafatan Rasulullah s.a.w. Pada kebiasaannya sambutan ini disambut dengan perarakan sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. serta ceramah2 agama turut diadakan selagi ia tdk melibatkan unsur2 pemdaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat agama. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur agama & ilmu ia tetap akan diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T.

Kebaikan meraikan Maulidur Rasul ini jelas sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud:

"Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah"

Alhamdulillah, ana juga berpeluang menghadiri satu ceramah agama yg diadakan di universiti ana pd malam semalam yang bertajuk 'DUHAI HATI'. Ceramah oleh Ustaz Dr. Ahmad Basyir Abd. Aziz, yg membincangkan how kita sbg umat Islam harus menjaga dan memelihara hati kita agar tdk dikotori & dicemari dgn perkara2 yg tdk sepatutnya. Kisah Rasulullah s.a.w. yg memiliki hati yang putih bersih & suci juga harus dijadikan contoh tauladan bagi kita semua umat Islam.

Oleh itu bersama-samalah kita melapangkan masa untuk menghadiri majlis Maulidur Rasul di tempat yang berhampiran dengan kediaman kita. Jika kita mampu berduyun-duyun menjejakkan kaki ke pelbagai pesta dan sambutan majlis yang lain, apalah susahnya untuk menghadiri majlis yang sudah pasti manfaatnya. Sekurang-kurangnya mungkin kita boleh mengadakan majlis memperingati keputeraan nabi terakhir yang diutuskan Allah Subhana wa Ta’ala ini bersama keluarga di rumah, insyaAllah.

Ana juga mengingatkan diri ana sendiri serta antum semua agar kita semua dapat memperbanyakkan lagi selawat ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. dgn penuh keikhlasan..agar segala amalan kita diterima oleh Allah S.W.T.. insyaAllah
AMIN....

20 PERKARA JANGAN

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung ana sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati di antara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH
1) Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau2 terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita
3) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan

4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan
5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat

6) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan
7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan
8) Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan
9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa
10) Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya
11) Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa
12) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah
13) Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia
14) Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula
15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita
16) Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17) Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita
18) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH
19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
20) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya

Alhamdulillah Ya Allah....ku panjatkan syukur padaMu

Sudah lama rasanya ana tak tulis & update blog ni....sesungguhnya Allah SWT sahaja yg Maha Mengetahui how ana begitu bz semenjak 2 menjak ni....namun, alhamdulillah, syukur trhdp Illahi krn sume brjalan dgn lancar even sometimes ana rasa tensen sesangat...(+_+) ...

Axtually, ana baru jer lps submit asigment inter cultural comm....semalam langsung x tdo, ana wif coursemate, waheda...alhamdulillah sekali lagi kerana berkat kesabaran, kesungguhan n ke'punctual'an ana n rakan2 (milah, waheda, nurul & fanina) dpt juga siapkan asgment 2... hopefuly en.hafiz bg markah tinggi... (we did all da best) mana x nya, slalu sgt jpe en.hafiz psl asgment ni, n tiap kali jpe en.hafiz mesti ada yg x kena, byk kali kene leter...but all da things ana jadikan penaik semangat n da new things yg amat bermakna...thanks a lot en.hafiz.. alhamdulilah Ya Allah...

stakat ni dulu utk kali ini...ana ada something yang lebih important yg nak didahulukan...

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhya alhamdulillah aku amat bersyukur di atas segala rahmat dan kurnianMu ke atas hambaMu insan yang kerdil ini Ya Allah. Aku pohon padaMu Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusanku, jadikanlah aku hari ini lebih baik dari hari semalam. Ya Allah, Engkau tetapkanlah imanku, semoga aku akan sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur dan sentiasa beramal soleh Engkau golongkanlah aku di kalangan hambaMu yang soleh serta jadikanlah aku sebagai anak yang solehah Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... Amin Ya Rabbal A'lamin..


nasyidees_

Amalan doa buat ayah bonda tercinta

Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini
Memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah
Ya Allah
Segala pujian bagiMu
Tuhan Sekelian Alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuhan Pemerintah hari pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan
kepadaMu kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
Dan bukan pula orang-orang yang sesat
Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan
Aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai
Aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti
Ya AllahTeguhkanlah iman ku,
kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu,
taufiqMu dan lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat
Ya Allah, Ya Rahim, Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu
Dan berbakti kepada kedua ibubapaku
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
Bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
Aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
Terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka
Kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
Sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "ah"kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah
Aku berjaya kini
Keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
Kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
Tidur malam mereka aku ganggu
Titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
Tidak pernah mereka mengadu letih
Tidak pernah mereka mengadu sakit
Lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
Harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
Namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
Kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
Kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Dimalam ini aku terkenang semua itu
Dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
Dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
Rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
Dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah
Aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
Aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
Aku tahu ya Allah
Mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu
Yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
Yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku
Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
Yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
Jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
Dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
Jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah
Tuhan Sekelian Alam.
Amin...


Sama2 lah kita semua berdoa kepada Allah agar kita tergolong d kalangan anak2 yg soleh & solehah serta tergolong d kalangan ahli Syurga...mudah-mudahan Allah kabulkan doa ana & antum semua yang amat kerdil ini... Amin

BERSEDIA MENGHADAPI KEMATIAN

Tiada siapa menafikan manusia adalah insan ciptaan Allah yang dulunya tiada kemudian ada dan lahir ke dunia. Namun, setelah lahir, ia mencintai hidup dan kehidupannya. Lalu ia kemudian berdepan dengan satu kenyataan bahawa ia akan bertemu dengan kematian. Berakhirlah kesenangan atau kesukaran hidup selama di dunia.

Kematian adalah permulaan hidup yang panjang dan kekal abadi. Walaupun ramai yang tidak gemar dengan pertanyaan adakah anda bersedia untuk mati, kematian tetap datang dalam keadaan disenangi atau dibenci. Ia datang pada tiap jiwa bak pencuri, menyelinap masuk lalu keluar membawa roh dan mengeluarkan jasad yang tergolek tidak berdaya. Kemudian, setiap insan akan berasa betapa hidup ini terlalu singkat. Banyak tugas dan tanggungjawab yang belum selesai.

Oleh kerana itu, kematian sinonim dengan tragedi yang mewariskan kesedihan terhadap mereka yang ditinggalkan. “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan kembali,” (Surah Al-Anbiyaa’:35). Dalam Surah Yunus, ayat 49 Allah SWT menyatakan bahawa kematian tempohnya tidak dapat dilambatkan sesaat pun atau disegerakan. Hal yang sama juga terdapat dalam firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl, ayat 61.

Kematian adalah rahsia Allah SWT. Misteri ini adalah satu peringatan bagi manusia supaya tidak membiarkan hidup yang sementara ini dengan sia-sia. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda “Aku tinggalkan bagi kalian dua pemberi peringatan. Yang pertama memberikan peringatan dengan pengajarannya. Yang kedua memberikan peringatan dengan kebisuannya. Yang pertama adalah Al-Quran dan yang kedua adalah kematian.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu.” (Surah Al-Jumu’ah, ayat 8). Ketakutan menghadapi kematian berbeza-beza antara manusia. Ada yang takut mati kerana tenggelam dalam nikmat dunia. Tapi, ada pula yang takut mati kerana berasa belum cukup dengan bekalan yang perlu dibawa. Takut dalam bentuk kedualah yang patut dipelihara. Bentuk kematian sangat ditentukan oleh kesedaran (ketakutan) akan kematian itu. Sehingga, terdapat dua bentuk kematian iaitu kematian yang membuat diri seseorang istirehat dan kematian yang membuat orang lain istirehat.

Bagi orang beriman, kematian menjadi istirehat panjang di tempat yang penuh damai. Kematian yang diiringi senyuman si mayat dan diiringi tangisan tetamu yang berziarah. Buat penderhaka, kematian menjadikan semua makhluk beristirehat kerana terbebas daripada gangguannya. Kematian yang membuatkan tangisan panjang si mayat di liang kuburnya, sebaliknya disyukuri oleh manusia yang hidup.

Dalam hal ini kematian yang manakah menjadi pilihan kita? Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kami: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” (Surah Al-Mulk, ayat 2).

Buat pedoman dan peringatan bagi diri ana sendiri serta antum sume, sesungguhnya ketahuilah bahawa kita semua akan menghadapi kematian, semakin bertambah usia kita dari setahun ke setahun, ingatlah bahawa kita sebenarnya semakin hampir dengan kematian…..Maha Suci Allah…sesungguhnya, jika tergerak hati ini untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allah kah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimanakah keadaan kita ketika hendak bertemu dengan Allah SWT pd hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini…sedangkan kita melakukan maksiat kepadaNya???


Ya Allah ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman. Himpunkanlah kami dalam iman dan masukkanlah kami ke dalam Syurga dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi Rahmat.
Amin…

nasyidees

...tazkirah buat muslimah..

muslimah hari esok...

BUAT SAUDARA MUSLIMAHKU...
Alangkah indahnya jika kita sebaik Siti khatijah
dapat menguatkan suami dengan harta dan cinta
untuk meneruskan perjuangan menegakkan agama Allah

Alangkah indahnya
Jika kita sepemurah Siti Aisyah
Mencari-cari walaupun sebiji kurma
Untuk disedekahkan Di jalan Allah

Alangkah indahnya
Jika kita seperti Rabia'tul Adawiyah
Mengintai cinta suci sepi dinihari
Aku menyembah bukan mengharapkan syurgaMu
Bukan jua kerana takutkan siksa nerakaMu tetapi,
Kerana rinduku kepadaMu
Juga kerana cintaku kepadaMu... Ahh....insan yang lemah...

dipetik dari tazkirah buat muslimah hari esok:
Dr yusuf qardhawi...

sama-sama kita cuba islah diri walaupun ianya agak sukar..namun ana jua mengharapkan agar ana dan muslimah2 semua mampu mencontohi mereka2 muslimah yang dijanjikan syurga oleh Allah...Aminn

nasyidees

kisah tudung muslimah

Bacalah utk peringatan semua...
Ana memang dah lama nak suarakan rasa terkilan dan musykil di hati ni. Lupakanlah sebentar tentang saudari2 kita yg masih tak dapat "seru" memakai tudung tapi yg nak ana tulis ni ialah yg pasal trend memakai tudung dan tutup aurat itu sebenarnya.. sudah tidak selari .... dah lari dari matlamat dan kehendak Islam itu sendiri.. Sekarang ni kalau nak compare dgn era 80's alhamdullilah dah ramai wanita remaja memakai tudung. Fenomena memakai tudung bukan hanya dapat dilihat di sekolah ,IPT , pejabat ,di kilang 2 pun majority pekerjanya wanitanya memakai tudung , bukan hanya beranika corak malahan beranika fesyen pulak tu.. dapat kita perhatikan sebegitu ramai makcik2, cik kak2, adik2 kita yg bertudung dikepala tak kira le tahap mana education backgroundnya.
1. Tudung ikat reben kat bawah dagu , tak melepasi pun dada yg sewajibnya dicover sebagaimana yg tersebut jelas didlm al-Quran (sila rujuk an-Nuur :31 & Hadith riwayat Abu Daud ). Kadang2 tu main ikat cincai aje , ala-ala nyonya yg jual buah atau cam nak pergi noreh getah!
2. Pakai tudung , tapi ada jambul sikit terkeluar (entah laah "ter "atau sengaja..)
3. Bermini telekung , tutup dada tapi pakai baju tight , singkat lak tu biasanya digayakan dgn jeans punggung nampak sendat.. kalau angkat tangan sikit mesti dapat tengok perut sikit.. silap2 pusat sekali kalau ader rezeki.....
4. Bermini telekung (3-segi ),tapi pakai t-shirt lengan pendek lengan/tangan kasi orang tengok ... kita tutup rambut yg hitam , tapi tangan /lengan yg putih melepak tu kita dedahkan.. 5. Pakai tudung elok tapi pakai gaun/ kebaya sendat siap dgn kain belah belakang/belah kat sisi.. bila jalan lengang-lenggok ditiup angin.., melintas jalan.. siapa nak jawab tu...
6. Pakai tudung labuh , tutup dada berfesyen jubah tapi mak datuk lipstik pun.. punyalah merah menyala , siap dgn eye-shadow , mascara sekali... touch-up sana, touch -up sini dan kasut highheel lagi.. bertudung dan berhias2 (bertabarruj) di khalayak ramai , yg bukan muhrim ,di tempat kerja ,bus-stop etc.... sila rujuk (al-Ahzab: 33 ) boleh gitu ?
7. Pakai tudung sempoi (ikat reben ) dikenakan dgn baju gaun aras lutut..(gaun mengandung) kepala tutup , betis nampak... ooo... ana kalau terserempak malas nak toleh sekali lagi.. sebak !!!! 8. Pakai tudung , cantik rambut tak nampak walau sehelai pun tapi kenapalah nak selempangkan ke kanan dan ke kiri bahu ..."si Adik " tu tetaplah nampak, besar ke , kecik ke.... org masih boleh buat tekaan...
9. Pakai tudung trend busana muslim , siap kerongsang/ brooce sana-sini, siap touch-up muka kasut , beg , tas tangan -mesti kena match nak pi kerja , kenduri kahwin , seminar ,etc.. siap dgn accessories gelang, rantai labuh , cincin penuh jari... etc yg ni pun lebih kurang yg no. 6 bertabarruj/ berhias-hias kpd yg bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut.

Betul... di era 80's dulu tak ramai kita nampak wanita bertudung tapi satu (bertudung ) di antara sepuluh yg tak bertudung tu menepati ciri menutup aurat sebagaimana dlm al-Quran. Ustaz /ustazah dah ajar masa sekolah dulu aurat wanita keseluruhan badannya kecuali muka dan tapak tangan. sometimes coursemate kita yg non-muslim pun confused diaorg ada tanya pakai tudung cara yg mana yg paling betul dan tepat as Islamic Rules.
Kenapa ramai sgt wanita Islam kini pakai tudung pun tak standard (tak ikut standard al-Quran) tapi ikut standard fesyen terkini kot! -sbb dah ada yg kata kalau tutup semua, tak apply lipstick, tak dak yg nak pandang, susah lah nak dpt jodoh.... bab ni ana tak dpt nak kata apa dah.... ada pulak coursemate (wanita Islam ) yg tanya depan non- muslim " semlm aku nampak ada perempuan sembahyang kat surau puduraya langsung tak pakai telekung, dia pakai baju dan tudung yg dia pakai tu aje.." Kita pun tanya "baju cam na, tudung cam na Dia pun terpinga-pinga, cam tak satisfied pulak dgn jawapan kita. So ,bab bertudung ni jgnlah kita mendabik dada kata yg bila kita dah tutup kepala maknanya kita dah menutup aurat dah... sometimes ana perhatikan yg tak bertudung pun tak seberani segelintir yg bertudung memakai baju tight ikut bodycut ..(gi lah kat shopping complex.. sure terjumpa punya ) entahlah kalau dlm bab bertudung dan tutup aurat ni kita dah main ikut nafsu/rasa, dan mungkin nak nampak glamour sikit.. canm na la kita nak tegakkan Islam as Ad-Din, the way of life.. sdg Islam itu cukup indah jika dihayati... bukan main ambil separuh2 yg kita suka ... no wonder lah ada satu hadith Rasulullah lebih kurang begini maksudnya:-
Akhir zaman nanti umat Islam tu memang le ramai tapi kesemuanya seperti buih-buih di lautan!

Wallahualam

nasyidees
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..hiburan mendidik jiwa~

~pENYu di gANu kITe~

..::bEAuty & LoVE::..

..::bEAuty & LoVE::..